Saturday, December 3, 2011

Sukan Antara Fakulti 2011 - Edisi ke 6

Tarikh: 4 Disember 2011
Tempat: Pusat Sukan UTeM
Hari: Ahad


Tahniah kepada pelajar FKM yang menjadi juara keseluruhan sekaligus mempertahankan kejuaraan tahun sebelumnya. Memperoleh 10 pingat emas, FKM selesas mendahului fakulti lain bagi temasya kali ini. Cuma sedikit hampa kerana "ibu segala pingat" tidak dapat dirangkul kerana terkandas di separuh akhir dan hanya menduduki tempat ketiga. Semoga kejayaan ini seiring dengan pencapaian akademik para pelajar FKM. Semoga FKM terus cemerlang di semua segi!! Syabas "Ultras FKM" :) ... ooooo...oooo...bersama selamanya...ooo...ooo :). Menjadi wakil dekan FKM semasa temasya penyampaian hadiah disambut gembira oleh pelajar FKM yang begitu "taksub" dengan kejuaraan kali ini. Bertemakan warna hitam sebagai warna rasmi pada temasya kali ini memberikan isyarat jelas tentang "keganasan" atlet FKM menggondol kejayaan bagi setiap acara yang dijalankan.


p/s: Terima kasih bagi t-shirt ultras FKM..saya bangga dengan atlet FKM!!


No comments: