Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Syukur segala limpahan rahmat dan rezeki dari yang Esa yang memberi saya kekuatan dan semangat untuk maintain blog sehingga 2012. :)

Sunday, December 18, 2011

Prestige Grand Final 2011 Anjuran MGA

Tarikh: 16 17 & 18 Disember 2011
Tempat: Prince Hotel KL
Pensyarah pengiring: Pn Mahanum & Saya
Peserta: Tahun 4 BMCT (20 pelajar)

Pencapaian.
Kategori Persembahan: Johan
Kejohanan Keseluruhan: Naib Johan

Pasukan Terlibat:
4 IPTA telah terlibat bagi kejohanan Grand Final Safety, Health & Environment (SHE) 2011 ini. Pemilihan pasukan terlibat adalah berdasarkan kriteria dibawah.
a) INSTEP - Johan Zon Timur (2 pasukan)
b) USM - Johan Zon Utara (1 pasukan)
c) UKM - Johan Zon Barat (2 pasukan)
d) UTeM - Johan Zon Selatan (2 pasukan)

Terima kasih kepada penganjur MGA (Malaysian Gas Association) samada organizer, trainer dan judges diatas pengelolaan dan tunjuk ajar.

Fakta menarik kejohanan ini:

1) Ianya adalah kelangsungan kejayaan dari tahun 2010 (Johan Zon Selatan) bagi pelajar jabatan termal bendalir.

2) Tiada subjek khusus berkaitan SHE sepertimana INSTEP (pembelajaran teori dan praktikal) dan UKM (teori), UTeM mampu terselit sebagai naib juara keseluruhan.

3) Memenangi johan bagi kategori persembahan dengan memperagakan barisan koir dengan lirik ciptaan sendiri diiringi petikan gitar jelas menunjukkan keupayaan sisi lain bagi pelajar FKM UTeM.






Pengalaman pengadil peringkat kebangsaan nyata memberikan firasat yang tepat.
# Penutup yang baik bagi 2011 bagi aktiviti pelajar
a) Sukan Antara Fakulti 2011 (Chef D' Mission) - FKM Juara
b) PRESTIGE 2011 Grand Finale - JTB - FKM - UTeM (Pengiring) - Naib Johan Keseluruhan




Syabas kepada semua yang terlibat. Syukur diatas nikmat dan rahmat dari yang Esa.

* Jauh di Sudut Hati.
a) Saya yakin dengan kemampuan pelajar saya. :)
b) Gembira dan bersyukur melihat pelajar P.A saya ditahap ini. :)



Thursday, December 15, 2011

Majlis Assyura FKM

Tarikh: 15 Disember 2011
Hari: Khamis
Tempat: Fasa B UTeM

Terima kasih kepada yang hadir yang menjayakan program bubur asyura FKM 2011. Daripada tukang kacau sehingga tukang makan. :) Semoga amalan ini mendapat kebaikan kepada semua yang terlibat.









Kursus Kemahiran Insaniah (PSM + L.I)

Tarikh: 8.30am - 4.30pm
Tampat: Kampus Bandar UTeM
Penceramah: PM DR Hjh Hanipah + Hyreil

7 elemen K.I di kupas dengan baik oleh penceramah untuk Projek Sarjana Muda dan Latihan Industri.

Tuesday, December 13, 2011

Tasawuf & Tariqat

Tarikh: 14 Disember 2011
Tempat: Masjid Saidatina Abu Bakar UTeM
Masa: 8.30am - 4.30pm

Terdapat 3 penceramah yang dijemput bagi berkongsi ilmu berkenaan tasawuf dan tariqat. Alhamdulillah semakin jelas maksud dan peranan keduanya setelah tamat sesi perbincangan tersebut. Tasawuf dengan kata mudah adalah perbersihan jiwa hanya untuk Allah yang Esa manakala tariqat adalah kaedah ke arah tujuan tersebut. Salah atau betul sesuatu tariqat bergantung kepada pengisian setiap amalan yang tidak menimpang dari amalan sunnah dan jamaah yang 4.

Wasalam



Saturday, December 3, 2011

Sukan Antara Fakulti 2011 - Edisi ke 6

Tarikh: 4 Disember 2011
Tempat: Pusat Sukan UTeM
Hari: Ahad


Tahniah kepada pelajar FKM yang menjadi juara keseluruhan sekaligus mempertahankan kejuaraan tahun sebelumnya. Memperoleh 10 pingat emas, FKM selesas mendahului fakulti lain bagi temasya kali ini. Cuma sedikit hampa kerana "ibu segala pingat" tidak dapat dirangkul kerana terkandas di separuh akhir dan hanya menduduki tempat ketiga. Semoga kejayaan ini seiring dengan pencapaian akademik para pelajar FKM. Semoga FKM terus cemerlang di semua segi!! Syabas "Ultras FKM" :) ... ooooo...oooo...bersama selamanya...ooo...ooo :). Menjadi wakil dekan FKM semasa temasya penyampaian hadiah disambut gembira oleh pelajar FKM yang begitu "taksub" dengan kejuaraan kali ini. Bertemakan warna hitam sebagai warna rasmi pada temasya kali ini memberikan isyarat jelas tentang "keganasan" atlet FKM menggondol kejayaan bagi setiap acara yang dijalankan.


p/s: Terima kasih bagi t-shirt ultras FKM..saya bangga dengan atlet FKM!!


Monday, November 28, 2011

Kejohanan F1 in Schools Technology Challenge 2011

Tarikh: 29 Nov - 2 Dec 2011
Hari: Selasa - Jumaat
Anjuran: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Acara: Kejohanan F1 In Schools Technology Challenge 2011 Peringkat Kebangsaan


Sebanyak 20 pasukan telah bertanding bagi merebut kejuaraan pada kali ini. Pertemuaan antara juara setiap zon memberikan saingan yang hebat pada setiap pasukan. Diadili dengan kategori spesifikasi, port folio, pembentangan dan pit display menampakkan keupayaan sebenar setiap pasukan. Tahniah kepada pasukan Phantera (Penang Free), Aero Mac (Sek Men Sc Hulu Selangor) dan ACE (Sek Men Muzaffar Syah Melaka) yang menduduki juara, naib juara dan ketiga bagi acara keseluruhan. Dengan catatan masa 1.100 saat pada jarak 20 meter memberi isyarat jelas bahawa pasukan Malaysia yang akan bertanding pada 2012 kelak bakal menggegarkan pasukan dunia yang lain. Untuk makluman, juara keseluruhan akan secara automatik mewakili negara manakala naib johan akan digabungkan dengan pasukan dari negara lain (calaboration team). Tahniah kepada pemenang.!

Thursday, November 24, 2011

Bait Saadah


Tempat: PPS, UTeM
Tarikh: 22 Nov 2011
Masa: 8.30am - 4.30pm


Kursus pasca perkahwinan ini memberikan sedikit perkongsian pengalaman bersama penceramah yang mempunyai pengalaman luas. Secara umumnya, semuanya mengupas segala permasalahan berkaitan institusi rumah tangga. Di selang seli dengan pengalaman dan kes - kes sebenar di pejabat agama dan perundingan menjadikan sisi ceramah "hidup" dengan gelak ketawa. Paling penting, pati ceramah ini adalah menjaga hubungan dengan yang Esa dan segalanya akan tersusun baik dengan sendirinya. Semua mempunyai tanggungjawab dan masing masing perlu bertolak ansur. Terima kasih diatas penganjuran dan semoga semua peserta dapat manfaat daripadanya. Staf lelaki FKM:

1) En Azmi Othman

2) Saya

Sunday, November 20, 2011

Technical Talk

Masa: 10.20am - 1.00pm
Tarikh: 21 Nov 2011
Tempat: Auditorium PPS
Penceramah: Prof Koichi Goda (Yamaguchi University, Japan)
Tajuk: Toughening and Strengthening of Natural Fiber Green Composite

Pembentangan yang baik di mana merungkai ujian dan pelaksanaan eksperimen mengikut JIS (Japan Industrial Standard) bagi setiap ujikaji dijalankan. (Fracture, Impact & Tensile Test). Menekankan natural fiber sebagai bahan yang boleh digunakan bagi menggantikan pelbagai jenis kegunaan seharian. Daripada komponen dalaman kereta, bangunan, sarung tekefon bimbit, tanki gas dan sebagainya. Kebanyakan natural fiber perlu di "treat" untuk mendapatkan terikan "strain" yang lebih baik untuk dari bahan asalnya. Treat dengan kaedah "mercerization" dilakukan pada aplikasi tanpa beban dan ada bebanan bagi melihat sifat bahan bagi di bandingkan. Secara keseluruhan, ianya mudah difahami dan banyak ruang bagi penyelidikan terhadap dunia "natural fiber" ini.


Kehadiran Staf FKM:
1) En Azmi Nordin
2) Dr Zul
3) En Muhd Ridzuan
4) En Fadhli Syarial
5) En Rody
6) En Hairul Bakri
7) Saya

Kehadiran Pelajar:
1) Pelajar PSM
2) FKM tahun akhir jabatan struktur dan bahan
3) Pelajar master



Wednesday, November 16, 2011

Kejohanan Boling FKM 2011


Tempat: MIBC

Masa: 8.00pm - 11.30pm

Tarikh: 16 Nov 2011



Seramai 48 staf FKM telah turut serta dengan dibahagikan kepada 11 lane. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:


1) Men best bowler - Azhar Baharudin - 517 pin

2) Women best bowler - Pn Suhaili - 348 pin



Senarai Pemenang Pasukan:

1) Team 5: En Irwan + En Ikhmal + En Shafizal + Pn Suhaili

2) Team 11: En Abd Rafeq + Dr Mus + Pn Hidayah + En Najib

3) Team 1: Cik Wawa + Dr Azman + En Nazri Huzaimi + En Din

4) Team 6: En Azhar Baharudin + En Azrul + Pn Fadzlin + En Razmi

5) Team 2: En Aiza Azwadi + En Fudhail + En Mohd Azli + En Saiful

Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Wasalam