Monday, November 28, 2011

Kejohanan F1 in Schools Technology Challenge 2011

Tarikh: 29 Nov - 2 Dec 2011
Hari: Selasa - Jumaat
Anjuran: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Acara: Kejohanan F1 In Schools Technology Challenge 2011 Peringkat Kebangsaan


Sebanyak 20 pasukan telah bertanding bagi merebut kejuaraan pada kali ini. Pertemuaan antara juara setiap zon memberikan saingan yang hebat pada setiap pasukan. Diadili dengan kategori spesifikasi, port folio, pembentangan dan pit display menampakkan keupayaan sebenar setiap pasukan. Tahniah kepada pasukan Phantera (Penang Free), Aero Mac (Sek Men Sc Hulu Selangor) dan ACE (Sek Men Muzaffar Syah Melaka) yang menduduki juara, naib juara dan ketiga bagi acara keseluruhan. Dengan catatan masa 1.100 saat pada jarak 20 meter memberi isyarat jelas bahawa pasukan Malaysia yang akan bertanding pada 2012 kelak bakal menggegarkan pasukan dunia yang lain. Untuk makluman, juara keseluruhan akan secara automatik mewakili negara manakala naib johan akan digabungkan dengan pasukan dari negara lain (calaboration team). Tahniah kepada pemenang.!

No comments: