Sunday, December 18, 2011

Prestige Grand Final 2011 Anjuran MGA

Tarikh: 16 17 & 18 Disember 2011
Tempat: Prince Hotel KL
Pensyarah pengiring: Pn Mahanum & Saya
Peserta: Tahun 4 BMCT (20 pelajar)

Pencapaian.
Kategori Persembahan: Johan
Kejohanan Keseluruhan: Naib Johan

Pasukan Terlibat:
4 IPTA telah terlibat bagi kejohanan Grand Final Safety, Health & Environment (SHE) 2011 ini. Pemilihan pasukan terlibat adalah berdasarkan kriteria dibawah.
a) INSTEP - Johan Zon Timur (2 pasukan)
b) USM - Johan Zon Utara (1 pasukan)
c) UKM - Johan Zon Barat (2 pasukan)
d) UTeM - Johan Zon Selatan (2 pasukan)

Terima kasih kepada penganjur MGA (Malaysian Gas Association) samada organizer, trainer dan judges diatas pengelolaan dan tunjuk ajar.

Fakta menarik kejohanan ini:

1) Ianya adalah kelangsungan kejayaan dari tahun 2010 (Johan Zon Selatan) bagi pelajar jabatan termal bendalir.

2) Tiada subjek khusus berkaitan SHE sepertimana INSTEP (pembelajaran teori dan praktikal) dan UKM (teori), UTeM mampu terselit sebagai naib juara keseluruhan.

3) Memenangi johan bagi kategori persembahan dengan memperagakan barisan koir dengan lirik ciptaan sendiri diiringi petikan gitar jelas menunjukkan keupayaan sisi lain bagi pelajar FKM UTeM.






Pengalaman pengadil peringkat kebangsaan nyata memberikan firasat yang tepat.
# Penutup yang baik bagi 2011 bagi aktiviti pelajar
a) Sukan Antara Fakulti 2011 (Chef D' Mission) - FKM Juara
b) PRESTIGE 2011 Grand Finale - JTB - FKM - UTeM (Pengiring) - Naib Johan Keseluruhan




Syabas kepada semua yang terlibat. Syukur diatas nikmat dan rahmat dari yang Esa.

* Jauh di Sudut Hati.
a) Saya yakin dengan kemampuan pelajar saya. :)
b) Gembira dan bersyukur melihat pelajar P.A saya ditahap ini. :)



No comments: