Thursday, April 23, 2009

Majlis Makan Perpisahan Faiz Redza (open table) sebab Sambung Belajar

Tempat: Alaaaa kasim..
Masa: 8.00pm - 11.00pm

Tarikh: 23 April 2009
Ramai yang terlibat...tapi yang penting semoga semuanya berjaya dan balik nanti boleh lebih banyak menyumbang kepada universiti :). untuk makluman..staf FKM yang sambung belajar ialah:

1) Kak Rafidah - UK
2) Kak Hajar - UK
3) Kak Rainah - UK
4) Abang Faiz - Jepun
Semoga kalian berjaya dengan cemerlang!!! Amin.... :) - Awak semua baik!!






































p/s: Bagi pihak pengurusan bola sepak dan tenis...saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Faiz diatas komitmen tidak berbelah bagi sepanjang beliau berkhidmat untuk FKM. Untuk rekod, jumlah gol yang dijaringkan sepanjang kejohanan + perlawanan persahabatan adalah 7 gol. Beliau main di posisi midfield dan stricker. Ketangkasan dan turning yang mantap dan pantas sering mengelirukan pihak lawan. Beliau juga digelar sebagai midfield yang kreatif + inovatif + kompetetif + FKM didahulukan, pencapaian diutamakan!! Sayonara!!!

Training Portable Gas Analyzer

Tempat: P.J
Tarikh: 20 April 2009
Masa: 8.00am - 5.30pm
Kenderaan: "Supplier!!!"

Selepas membuat pembelian dengan sebuah syarikat...training yang telah diatur 3 minggu advance telah pun berjaya dijalankan. Training berjalan dengan lancar cuma ada sedikit kekeliruan yang masih belum dihuraikan oleh pihak supplier diatas soalan soalan menguji minda oleh En Zaid dan En Faizil. Sehigga hari ini (24 April 2009) ...pihak kami masih tak dapat lagi jawapan kepada permasalahan tersebut. Kami akan terus menunggu. Selepas ini kami rela pergi sendiri ke training tersebut.















Wasalam

Saturday, April 18, 2009

Pertandingan Bola Tampar SAJ 2009

Assalamualaikum.

Tempat: Gelanggang Panas UTeM Kampus Induk
Tarikh: 18 April 2009
Hari: Sabtu
Cuaca: Panas sehingga hampir pitam!!





Walaupun niat tak nak joint main..akhirnya terpaksa akur dengan pujuk rayu tuan pengurus utk support team sebab tak cukup pemain pada hari tersebut. FKM menghantar pasukan lelaki dan wanita... Team wanita terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan dengan terkulai di peringkat kumpulan...namun begitu..semangat juang yang tinggi dan sokongan padu penyokong memberi sedikit suntikan melawan terhadap pasukan lawan. Kemurungan pasukan wanita ditebus oleh pasukan lelaki dengan mendapat tempat ke-4. Ianya setelah pasukan FKM dan Pembangunan bersetuju untuk menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat secara lambungan syiling.. :) Caranya mudah...lambung tiga kali... dan FKM tidak bernasib baik dengan tewas 2-1. Apa pun setinggi tahniah kepada team bola tampar lelaki kerana telah mara ke separuh akhir sekaligus memperbaiki rekod tahun lepas dengan hanya mara hingga suku akhir. Antara pemain pasukan FKM ialah:
1) Mahader (spiker)
2) Kamil (spiker)
3) Pak Rivai (injured)
4) Hisham (super sub)
5) Medan (hanya sebelah pagi)
6) Zaid (insiden tut..tut..semasa game)
7) Zul..(hampir pitam..)
8) Hanif (muka dah hijau masa semi final)
9) Edy (maintain macho dgn cap)

Antara pemain pasukan Pempuan yang saya ingat ialah:
1) Pn Su (servis lawnball)
2) Wawa (servis terlebih sarapan)
3) Ain (servis malu malu)
4) Bayah (servis kuda kuda)
5) Hidayah (servis gelak gelak)
6) Rainah (servis tak sempat sarapan)

Apa pun yang penting...terima kasih kerana komitmen anda yang telah berkorban masa dan tenaga semata mata untuk memberi nama baik kepada Fakulti tercinta. Tidak lupa kepada tuan pengurus En Rizal Roosli yang begitu baik mengendalikan team volley ball FKM pada SAJ kali ini.

Wasalam ..Awak semua baik!!

p/s: Lepas ni saya tak nak main..

Wednesday, April 15, 2009

Bengkel Buku Panduan Akademik 2009/2010

Tempat: Royal Bintang, Seremban
Tarikh: 15, 16, 17 April 2009

Sebagai mengganti kepada bos saya yang sedang bercuti sempena kelahiran cahaya mata ke 4... Memang banyak kerja yang kena buat...tapi semuanya terkawal hasil bantuan kengkawan yang lain.. :) TQ semua... saya sebilik ngan En Rashid... so ..lagi la best sebab dia selalu perli saya... Apa pun selamat berbengkel.. Dengar dengar minggu depan ada lagi bengkel utk MQA ..tapi rasanya tak pergi dah sebab joint meeting Jumaat yang lepas.

Antara yang hadir ialah Encik:
1. Joe
2. Wan Farid
3. Zaid
4. Azmmi
5. Zeck
5. Nizaim
6. Rizal
7. Rashid
8. Mike
9. IR Talib
10. Prof Radzai
11. Pak Rivai
12. Prof Razali








































Wasalam

Saya

Monday, April 13, 2009

Taklimat Pindaan AUKU + Perjumpaan Pelajar Tahun Akhir BMCT + Talk PIW (Profesional Interview Workshop) + Futsal SAJ 2009

Assalamualaikum..

Dari segi tajuk pun dah menampakkan betapa sibuknya untuk minggu ni...kiranya terpaksa merangkumkan report sekaligus bagi penjimatan masa dan ruang!! :) Bermula dengan taklimat pindaan AUKU Jumaat lepas (10 April 2009) di MITC. Secara keseluruhannya lebih kepada penmbahbaikan dan pemurnian sesetengah polisi kepada lebih mesra kakitangan akademik berbanding kuasa veto oleh Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). Apa pun...sekiranya baik untuk semua...baiklah untuk pembangunan bangsa. :)

Malamnya pulak aktiviti bersama pelajar tahun akhir BMCT ...sepatutnya 69 pelajar...tapi yang hadir dalam 55 orang sahaja...(mungkin sibuk siapkan PSM)... so far ..taklimat adalah berkenaan dengan apa benda yang diorang kena prepare setelah 4 tahun berhempas pulas belajar bila dah grade nanti. Sebahagian daripada isi ucapan KJ (En Suhaimi Misha) ialah:
i) Apa persepsi industri kepada mereka
ii) Sekiranya nak sambung belajar lagi...apakah syarat dan langkah yang perlu diambil
iii) Peluang peluang sambung blajar kat UTeM
iv) Kena daftar BEM dan IEM (sebab ada industri yang dah nak itu sebagai requirement!!)
v) Tolong reply feedback kalau fakulti bagi nanti utk support program fakulti.. (untuk survey program fakulti)






























Tapi yang saya paling sayu ialah pada KJ saya yang anaknya baru 25 jam lahir namun tetap komited kepada aktiviti jabatan dengan hadir pada malam tersebut untuk memberikan taklimat. Sesungguhnya hanya Tuhan yang akan membalas segala pengorbanan dan komitmen beliau dalam menjalankan tugas.. Awak baik!!


Sabtu (11/04/09) pulak pergi talk berkenaan "Professional Interview Workshop".. Yang pergi utk program ni ialah:
i) Zaid
ii) Rashid
iii) Rizal
iv) Saya


Agak penting bagi mereka yang nak tau selok belok dan secara terperinci cara cara yang betul dan tepat untuk mendapatkan title "Professional Engineer". So far semuanya ok sebab boleh terus bertanya dengan otai otai IEM kat sana :) Yang saya nampak paling bersemangat ialah En Rashid dan En Rizal!! heheheheheh

















Ahad pulak (12/04/09) ada pertandingan Futsal SAJ 2009. So saya main team A. Sorry kepada kengkawan sebab saya datang lewat sebab sesat sikit n memang pagi tu pun dengan niat keluar lewat sebab nak sarapan dulu.. Apa pun tahniah kepada team mate sebab layak ke suku ahkir dengan kalah penalti. Group saya ialah:
1) Azhar
2) Fitri
3) Rizal
4) Yuzrin
5) Najib













































Lusa pulak saya akan ke Bengkel Buku Panduan Akademik selama 3 hari...nnt saya update perkara perkara dan aktiviti aktiviti disana nanti...

Wasalam

Friday, April 3, 2009

Minggu Olahraga

Assalamualaikum.
Buat julung julung kalinya saya rebah di garisan penamat bagi acara 800m kategori senior pada Sabtu lepas.. Barisan St John bertungkus lumus memulihkan saya hingga akhirnya sebagai jalan terakhir membawa saya menaiki van ambulan ke Hospital Melaka dan di masukkan ke wad kecemasan selama 4 jam. Nasib baiklah...ada rakan rakan yang sudi membantu saya menjalani rawatan tersebut yang telah menyebabkan berlarutan hingga 4-5 hari kemudian..(lambat recover)... Terlintas di fikiran saya...adakah berbaloi apa yang telah saya lakukan dan buat dengan mengenepikan kepentingan diri demi sebuah pasukan atau PTj yang amat saya sayangi.. Namun ianya hanyalah sumbangan kecil saya kepada Fakulti dengan menghadiahkan sebutir pingat gangsa yang menjadikan jumlah pingat adalah sebanyak 5 butir secara keseluruhan. Apa yang pasti, jika tiada aral yang melintang..saya akan menyertai lagi acara olahraga SAJ tahun hadapan dan akan mencuba mengubah warna pingat yang saya dapat!!! :) tapi kali ini...saya akan pastikan saya akan menang dengan lebih bergaya... :) ..."Tunggu kebangkitan saya."