Saturday, April 18, 2009

Pertandingan Bola Tampar SAJ 2009

Assalamualaikum.

Tempat: Gelanggang Panas UTeM Kampus Induk
Tarikh: 18 April 2009
Hari: Sabtu
Cuaca: Panas sehingga hampir pitam!!





Walaupun niat tak nak joint main..akhirnya terpaksa akur dengan pujuk rayu tuan pengurus utk support team sebab tak cukup pemain pada hari tersebut. FKM menghantar pasukan lelaki dan wanita... Team wanita terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan dengan terkulai di peringkat kumpulan...namun begitu..semangat juang yang tinggi dan sokongan padu penyokong memberi sedikit suntikan melawan terhadap pasukan lawan. Kemurungan pasukan wanita ditebus oleh pasukan lelaki dengan mendapat tempat ke-4. Ianya setelah pasukan FKM dan Pembangunan bersetuju untuk menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat secara lambungan syiling.. :) Caranya mudah...lambung tiga kali... dan FKM tidak bernasib baik dengan tewas 2-1. Apa pun setinggi tahniah kepada team bola tampar lelaki kerana telah mara ke separuh akhir sekaligus memperbaiki rekod tahun lepas dengan hanya mara hingga suku akhir. Antara pemain pasukan FKM ialah:
1) Mahader (spiker)
2) Kamil (spiker)
3) Pak Rivai (injured)
4) Hisham (super sub)
5) Medan (hanya sebelah pagi)
6) Zaid (insiden tut..tut..semasa game)
7) Zul..(hampir pitam..)
8) Hanif (muka dah hijau masa semi final)
9) Edy (maintain macho dgn cap)

Antara pemain pasukan Pempuan yang saya ingat ialah:
1) Pn Su (servis lawnball)
2) Wawa (servis terlebih sarapan)
3) Ain (servis malu malu)
4) Bayah (servis kuda kuda)
5) Hidayah (servis gelak gelak)
6) Rainah (servis tak sempat sarapan)

Apa pun yang penting...terima kasih kerana komitmen anda yang telah berkorban masa dan tenaga semata mata untuk memberi nama baik kepada Fakulti tercinta. Tidak lupa kepada tuan pengurus En Rizal Roosli yang begitu baik mengendalikan team volley ball FKM pada SAJ kali ini.

Wasalam ..Awak semua baik!!

p/s: Lepas ni saya tak nak main..

4 comments:

M said...
This comment has been removed by the author.
M said...

ushh nk main gak..ermm tp mesti korang xbg main punyer sbb takut kalah kn..

Anonymous said...

banyaknya aweks...mana satu ko punya?

Afza said...

Heheheh...memang main ni utk kalah!! :) Aweks..??? aku punya...emmmm ..mana ekk?? :)