Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Syukur segala limpahan rahmat dan rezeki dari yang Esa yang memberi saya kekuatan dan semangat untuk maintain blog sehingga 2012. :)

Sunday, December 18, 2011

Prestige Grand Final 2011 Anjuran MGA

Tarikh: 16 17 & 18 Disember 2011
Tempat: Prince Hotel KL
Pensyarah pengiring: Pn Mahanum & Saya
Peserta: Tahun 4 BMCT (20 pelajar)

Pencapaian.
Kategori Persembahan: Johan
Kejohanan Keseluruhan: Naib Johan

Pasukan Terlibat:
4 IPTA telah terlibat bagi kejohanan Grand Final Safety, Health & Environment (SHE) 2011 ini. Pemilihan pasukan terlibat adalah berdasarkan kriteria dibawah.
a) INSTEP - Johan Zon Timur (2 pasukan)
b) USM - Johan Zon Utara (1 pasukan)
c) UKM - Johan Zon Barat (2 pasukan)
d) UTeM - Johan Zon Selatan (2 pasukan)

Terima kasih kepada penganjur MGA (Malaysian Gas Association) samada organizer, trainer dan judges diatas pengelolaan dan tunjuk ajar.

Fakta menarik kejohanan ini:

1) Ianya adalah kelangsungan kejayaan dari tahun 2010 (Johan Zon Selatan) bagi pelajar jabatan termal bendalir.

2) Tiada subjek khusus berkaitan SHE sepertimana INSTEP (pembelajaran teori dan praktikal) dan UKM (teori), UTeM mampu terselit sebagai naib juara keseluruhan.

3) Memenangi johan bagi kategori persembahan dengan memperagakan barisan koir dengan lirik ciptaan sendiri diiringi petikan gitar jelas menunjukkan keupayaan sisi lain bagi pelajar FKM UTeM.






Pengalaman pengadil peringkat kebangsaan nyata memberikan firasat yang tepat.
# Penutup yang baik bagi 2011 bagi aktiviti pelajar
a) Sukan Antara Fakulti 2011 (Chef D' Mission) - FKM Juara
b) PRESTIGE 2011 Grand Finale - JTB - FKM - UTeM (Pengiring) - Naib Johan Keseluruhan




Syabas kepada semua yang terlibat. Syukur diatas nikmat dan rahmat dari yang Esa.

* Jauh di Sudut Hati.
a) Saya yakin dengan kemampuan pelajar saya. :)
b) Gembira dan bersyukur melihat pelajar P.A saya ditahap ini. :)



Thursday, December 15, 2011

Majlis Assyura FKM

Tarikh: 15 Disember 2011
Hari: Khamis
Tempat: Fasa B UTeM

Terima kasih kepada yang hadir yang menjayakan program bubur asyura FKM 2011. Daripada tukang kacau sehingga tukang makan. :) Semoga amalan ini mendapat kebaikan kepada semua yang terlibat.









Kursus Kemahiran Insaniah (PSM + L.I)

Tarikh: 8.30am - 4.30pm
Tampat: Kampus Bandar UTeM
Penceramah: PM DR Hjh Hanipah + Hyreil

7 elemen K.I di kupas dengan baik oleh penceramah untuk Projek Sarjana Muda dan Latihan Industri.

Tuesday, December 13, 2011

Tasawuf & Tariqat

Tarikh: 14 Disember 2011
Tempat: Masjid Saidatina Abu Bakar UTeM
Masa: 8.30am - 4.30pm

Terdapat 3 penceramah yang dijemput bagi berkongsi ilmu berkenaan tasawuf dan tariqat. Alhamdulillah semakin jelas maksud dan peranan keduanya setelah tamat sesi perbincangan tersebut. Tasawuf dengan kata mudah adalah perbersihan jiwa hanya untuk Allah yang Esa manakala tariqat adalah kaedah ke arah tujuan tersebut. Salah atau betul sesuatu tariqat bergantung kepada pengisian setiap amalan yang tidak menimpang dari amalan sunnah dan jamaah yang 4.

Wasalam



Saturday, December 3, 2011

Sukan Antara Fakulti 2011 - Edisi ke 6

Tarikh: 4 Disember 2011
Tempat: Pusat Sukan UTeM
Hari: Ahad


Tahniah kepada pelajar FKM yang menjadi juara keseluruhan sekaligus mempertahankan kejuaraan tahun sebelumnya. Memperoleh 10 pingat emas, FKM selesas mendahului fakulti lain bagi temasya kali ini. Cuma sedikit hampa kerana "ibu segala pingat" tidak dapat dirangkul kerana terkandas di separuh akhir dan hanya menduduki tempat ketiga. Semoga kejayaan ini seiring dengan pencapaian akademik para pelajar FKM. Semoga FKM terus cemerlang di semua segi!! Syabas "Ultras FKM" :) ... ooooo...oooo...bersama selamanya...ooo...ooo :). Menjadi wakil dekan FKM semasa temasya penyampaian hadiah disambut gembira oleh pelajar FKM yang begitu "taksub" dengan kejuaraan kali ini. Bertemakan warna hitam sebagai warna rasmi pada temasya kali ini memberikan isyarat jelas tentang "keganasan" atlet FKM menggondol kejayaan bagi setiap acara yang dijalankan.


p/s: Terima kasih bagi t-shirt ultras FKM..saya bangga dengan atlet FKM!!