Saturday, January 29, 2011

Karnival "Jom Masuk U"

Tempat: PISA Penang
Tarikh: 29 & 30 Januari 2011
Hari: Sabtu & Ahad
Masa: 9.00am - 6.00pm

Staf: BPA: Pn Masri + Pn Yati + En Aznan + En Mahathir + En Suhaimi
Staf FKM : En Budil & Saya

Slajar dan ibeluruh IPTA di Malaysia telah mengambil bahagian bagi siri "Jom Masuk U" di Pulau Pinang ini. Sambutan pelajar amat menggalakkan dan staf bertugas tidak putus - putus melayan pelawat terutamanya dari para pelajar lepasan SPM yang ingin meyambung pelajaran ke peringkat ke diploma Bertemakan 1 Malaysia: Pendidikan Untuk Semua jelas mencapai hasratnya dengan pelbagai lapisan kaum telah datang bagi memeriahkan lagi karnival anjuran Jabatan Pengajian Tinggi ini (Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar).. Universiti mana pun tak kisah...yang penting semangat untuk terus menimba ilmu. Semakin banyak kita belajar...semakin banyak yang kita tidak tahu... dan sepatutnya menyebabkan kita berfikir sejenak tentang siapalah kita ini sebenarnya..Secara peribadi, banyak perkara
yang dapat dipelajari terutamanya melayan "needs" peubapa masa kini tentang pilihan pengajian yang ditawarkan. Mungkin ini adalah serba sedikit "thinking" pelajar dan parent mengenai kemasukan ke peringkat pengajian tinggi selepas SPM/Diploma/STPM/Matrikulasi:

1) Peluang pekerjaan
2) Yuran pengajian
3) Kemudahan asrama
4) Kelebihan UTeM berbanding IPTA lain
5) Bidang menarik yang ditawarkan
6) Syarat kemasukan pelajar
7) Betulkah "teknikal"? :)
8) Medium pengantar pengajaran & pembelajaran

Tidak lupa kepada rakan petugas lain (Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan semasa menjalankan tugas).

Wasalam

No comments: