Saturday, April 24, 2010

SAJ 2010 - Futsal

Tarikh: 24 April 2010
Tempat: Sport Plenet Cheng
Masa: 9.00am - 3.30pm

Tahniah FKM kerana julung kalinya menjadi johan bagi kejohanan futsal SAJ. Semoga ianya terus memberikan semangat dan tonik bagi FKM terus bergiat aktif bagi aktiviti sukan yang dianjurkan kelak. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan padu sepanjang kejohanan berlangsung.

Team A
1) Azhar
2) Fitri
3) Syahmsul
4) Yuszrin
5) Johardi
6) Wan Sahar
7) Faizal
8) Saya

Perjalanan ke Final
(Peringkat kumpulan..FKM naib johan kumpulan)
Vs Canselori = Tewas
Vs FKEKK = Menang
Vs FTMK = Menang

Peringkat Suku Akhir
Vs FKEKK = Memang
Vs FTMK = Menang
Vs Canselori = Menang




Bengkel JK ICT

Tarikh: 23 April 2010
Tempat: Fasa B, UTeM
Masa: 8.30am - 5.00pm

Peserta bengkel:
1) En Faizil
2) En Zaid
3) En Syahibudil
4) En Juffrizal
5) En Ridzuan Mansor
6) En Azli
7) Cik Asriana
8) En Zul

Perjalanan bengkel adalah terarah kepada kemaskini lawan web bagi jabatan masing masing dan teknik teknik yang betul bagi proses peng'edit'an. Antara tugas tugas yang dilakukan adalah:
1) Kemaskini maklumat jabatan seperti L.O & P.O. - Status: siap
2) Staf jabatan yang aktif dan cuti belajar. - Status - Siap (50%)
3) Bidang tujah setiap jabatan. - Tak siap :)

Wasalam

Wednesday, April 14, 2010

Juri Jemputan Hari Rekabentuk Diploma MMU

Tarikh: 13 April 2010
Tempat: MMU, Melaka
Masa: 9.00am - 12.3opm

Ini merupakan program khidmat masyarakat terhadap pelajar di MMU oleh FKM. Seramai 3 orang penel jemputan bagi sesi kejuruteraan. Secara umumnya, semua berjalan lancar dan baik. Pemenang untuk pertandingan tersebut adalah:
1) Smart Traffic Light
2) Smart Parking
3) Two Phone in Line

Wakil dari FKM UTeM.
1) En Zaid
2) Saya

Wakil dari FET (Faculty Engineering Technology)MMU.
1) En Nazeri

Terima kasih kepada 'organizer' yang sudi menjemput kami.

Wasalam



Tuesday, April 13, 2010

Kursus illustrator Adobe

Tempat: Pusat Komputer, UTeM
Tarikh: 12 & 13 April 2010
Masa: 8.30am - 5.00pm

Barulah tau serba sedikit tentang adobe illustrator... kalau dah tau yang ni kiranya...utk sesi adobe photoshop mungkin lebih menarik sebab dah tau buat tulisan yang fency fency... :) Terima kasih kepada cikgu mengajar...Cik Azilina... :) Thanx :)

Peserta dari FKM:
1) En Shafizal
2) Saya

Saturday, April 10, 2010

Ping Pong + Majlis Anugerah Sukan 2010 + Bola FKM vs FKE + Dart

Ping Pong: Sabtu (4 April 2010)
Bola sepak: Selasa dan Jumaat (6 & 9 April 2010)
Dart: Sabtu (10 April 2010)
Majlis Anugerah Sukan UTeM: Selasa (6 April 2010)

Minggu yang panjang dan penuh dengan debaran. Ping pong yang dimulakan dengan penuh bergaya dan garang pada peringkat kumpulan akhirnya tunduk pada pertandingan akhir menentang FKEKK. Beberapa faktor telah menjadi punca kekalahan FKM tetapi semua pemain redha tentang keputusan tersebut. Semoga pasukan ping pong FKM lebih berjaya di masa hadapan.





































































































Pasukan bola FKM menerima tamparan hebat dengan kehilangan tunggak sayap kiri (Tevez) yang tercedera semasa menentang pasukan FKE. Mujur tiada kecedaraan serius yang menimpa beliau hanya koyak bahagian otot dan doktor memberikan rehat/cuti selama seminggu. Semoga SAJ 2010 untuk sukan bola tidak meninggalkan kenangan yang "sedih" kepada pemain FKM khususnya...dan biarlah sukan kesayangan ramai ini membina satu semangat kesukanan yang baik.

























Pasukan dart FKM melangkah bergaya ke suku akhir dengan menghantar 3 pemain di peringkat tersebut. Mereka ialah En Hairi, En Hairul dan En Wan Saharizal. Namun begitu, hanya En Wan Saharizal sahaja yang mara tembus ke peringkat separuh akhir dan tersekat hingga di situ. Apa pun sekalung tahniah kepada semua pemain dart dan agar menjadi batu loncatan bagi sesi hadapan dengan membariskan pasukan dan pemain yang lebih mantap.































































Akhirnya singgah juga satu anugerah untuk staf FKM bagi upacara Majlis Anugerah Sukan UTeM 2010 dengan dimenangi oleh En Shamsul Bahari Azraai untuk kategori Atlet Serba Boleh. Semoga ianya menjadi perangsang kepada beliau dan kepada rakan staf yang lain. Tahniah diucapkan.

Friday, April 2, 2010

Olahraga SAJ 2010

Tarikh: 3 April 2010
Tempat: Komplek Sukan, UTeM

Akhirnya kemarau pingat dapat juga di hentikan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan FKM dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh yang kedua duanya meraih pingat perak yang disumbangkan oleh En Johardi.

Tidak ketinggalan juga 800m senior juga telah mendapat kilauan emas yang disumbangkan oleh En Shamsul Bahari.

Acara kegemaran FKM iaitu 4x100m dan 4x400m telah menghasilkan pingat dengan gangsa dan emas bagi setiap acara. Untuk makluman, rekod telah dicipta bagi acara 4 x 400m dengan keadaan trek licin dan hujan renyai.

Namun begitu, temasya di calarkan sedikit dengan kesilapan teknikal bagi pemenang olahragawan lelaki terbaik samada ketogori veteran atau senior. Ini disebabkan pada kedua dua pemenang tersebut mereka hanya memenangi 1 emas dan 1 perak (dengan satu rekod kejohanan)...manakala En Shamsul telah memenangi 3 emas dengan 2 rekod baru yang telah dicipta. Lebih manis lagi, rekod tersebut adalah rekod kategori senior yang dipecahkan oleh peserta kategori veteran.

Kisah bermula apabila En Shamsul menyuarakan untuk memasuki pertandingan acara senior kerana inginkan cabaran yang lebih kompeten. Dengan kata lain, beliau yang sepatutnya bertanding dalam acara veteren telah secara sukarela untuk memasuki acara senior dan telah memenangi emas bagi keseluruhan acara tersebut.

Sehingga kini pihak Biro Sukan dan Pengurus Olahraga FKM khususnya masih menunggu keputusan rasmi hasil daripada mesyuarat dari pihak pusat sukan mengenai perkara berbangkit. Semoga keputusan berpihak kepada pemenang yang "layak" hendaknya. :) Apa pun, En Shamsul ...anda tetap wira FKM!!!

Sedikit rentetan perjalanan SAJ 2010 FKM
1) Bowling - Peringkat kumpulan.
2) Karom - Suku akhir
3) Bola jaring - Tempat ke tiga dalam kumpulan
4) Boling padang - Naib juara peringkat kumpulan
5) Badminton - Tempat ketiga dalam kumpulan
6) Olahraga 3 emas, 2 perak, 1 gangsa
Emas: (400m, 800m = En Shamsul) (4 x 400m = En Firdaus, En Azhar, En Azhar & En Shamsul)
Perak: Lompat jauh, lompat tinggi = En Johardi
Gangsa: 4 x 100m (En Hairi, En Zakaria, En Johardi & En Azhar)
7) Ping pong - Naib Johan


Bagi kategori pelajar FKM, mereka telah memenangi:
1) Pasukan lelaki terbaik
2) Naib johan keseluruhan
3) Olahragawan terbaik
4) 100m - emas
5) 400m - emas
6) 4x100m - emas
7) 1500 dan 3000 - perak dan gangsa

Saya mengucapkan ribuat terima kasih kepada kepada seluruh warga FKM yang terlibat. Sekalung tahniah kepada semua secara langsung atau tidak. Semoga FKM kategori lelaki samada senior dan veteren terus digeruni di persada olahraga UTeM.

Wasalam
Saya