Saturday, April 10, 2010

Ping Pong + Majlis Anugerah Sukan 2010 + Bola FKM vs FKE + Dart

Ping Pong: Sabtu (4 April 2010)
Bola sepak: Selasa dan Jumaat (6 & 9 April 2010)
Dart: Sabtu (10 April 2010)
Majlis Anugerah Sukan UTeM: Selasa (6 April 2010)

Minggu yang panjang dan penuh dengan debaran. Ping pong yang dimulakan dengan penuh bergaya dan garang pada peringkat kumpulan akhirnya tunduk pada pertandingan akhir menentang FKEKK. Beberapa faktor telah menjadi punca kekalahan FKM tetapi semua pemain redha tentang keputusan tersebut. Semoga pasukan ping pong FKM lebih berjaya di masa hadapan.





































































































Pasukan bola FKM menerima tamparan hebat dengan kehilangan tunggak sayap kiri (Tevez) yang tercedera semasa menentang pasukan FKE. Mujur tiada kecedaraan serius yang menimpa beliau hanya koyak bahagian otot dan doktor memberikan rehat/cuti selama seminggu. Semoga SAJ 2010 untuk sukan bola tidak meninggalkan kenangan yang "sedih" kepada pemain FKM khususnya...dan biarlah sukan kesayangan ramai ini membina satu semangat kesukanan yang baik.

























Pasukan dart FKM melangkah bergaya ke suku akhir dengan menghantar 3 pemain di peringkat tersebut. Mereka ialah En Hairi, En Hairul dan En Wan Saharizal. Namun begitu, hanya En Wan Saharizal sahaja yang mara tembus ke peringkat separuh akhir dan tersekat hingga di situ. Apa pun sekalung tahniah kepada semua pemain dart dan agar menjadi batu loncatan bagi sesi hadapan dengan membariskan pasukan dan pemain yang lebih mantap.































































Akhirnya singgah juga satu anugerah untuk staf FKM bagi upacara Majlis Anugerah Sukan UTeM 2010 dengan dimenangi oleh En Shamsul Bahari Azraai untuk kategori Atlet Serba Boleh. Semoga ianya menjadi perangsang kepada beliau dan kepada rakan staf yang lain. Tahniah diucapkan.

No comments: