Friday, April 2, 2010

Olahraga SAJ 2010

Tarikh: 3 April 2010
Tempat: Komplek Sukan, UTeM

Akhirnya kemarau pingat dapat juga di hentikan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan FKM dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh yang kedua duanya meraih pingat perak yang disumbangkan oleh En Johardi.

Tidak ketinggalan juga 800m senior juga telah mendapat kilauan emas yang disumbangkan oleh En Shamsul Bahari.

Acara kegemaran FKM iaitu 4x100m dan 4x400m telah menghasilkan pingat dengan gangsa dan emas bagi setiap acara. Untuk makluman, rekod telah dicipta bagi acara 4 x 400m dengan keadaan trek licin dan hujan renyai.

Namun begitu, temasya di calarkan sedikit dengan kesilapan teknikal bagi pemenang olahragawan lelaki terbaik samada ketogori veteran atau senior. Ini disebabkan pada kedua dua pemenang tersebut mereka hanya memenangi 1 emas dan 1 perak (dengan satu rekod kejohanan)...manakala En Shamsul telah memenangi 3 emas dengan 2 rekod baru yang telah dicipta. Lebih manis lagi, rekod tersebut adalah rekod kategori senior yang dipecahkan oleh peserta kategori veteran.

Kisah bermula apabila En Shamsul menyuarakan untuk memasuki pertandingan acara senior kerana inginkan cabaran yang lebih kompeten. Dengan kata lain, beliau yang sepatutnya bertanding dalam acara veteren telah secara sukarela untuk memasuki acara senior dan telah memenangi emas bagi keseluruhan acara tersebut.

Sehingga kini pihak Biro Sukan dan Pengurus Olahraga FKM khususnya masih menunggu keputusan rasmi hasil daripada mesyuarat dari pihak pusat sukan mengenai perkara berbangkit. Semoga keputusan berpihak kepada pemenang yang "layak" hendaknya. :) Apa pun, En Shamsul ...anda tetap wira FKM!!!

Sedikit rentetan perjalanan SAJ 2010 FKM
1) Bowling - Peringkat kumpulan.
2) Karom - Suku akhir
3) Bola jaring - Tempat ke tiga dalam kumpulan
4) Boling padang - Naib juara peringkat kumpulan
5) Badminton - Tempat ketiga dalam kumpulan
6) Olahraga 3 emas, 2 perak, 1 gangsa
Emas: (400m, 800m = En Shamsul) (4 x 400m = En Firdaus, En Azhar, En Azhar & En Shamsul)
Perak: Lompat jauh, lompat tinggi = En Johardi
Gangsa: 4 x 100m (En Hairi, En Zakaria, En Johardi & En Azhar)
7) Ping pong - Naib Johan


Bagi kategori pelajar FKM, mereka telah memenangi:
1) Pasukan lelaki terbaik
2) Naib johan keseluruhan
3) Olahragawan terbaik
4) 100m - emas
5) 400m - emas
6) 4x100m - emas
7) 1500 dan 3000 - perak dan gangsa

Saya mengucapkan ribuat terima kasih kepada kepada seluruh warga FKM yang terlibat. Sekalung tahniah kepada semua secara langsung atau tidak. Semoga FKM kategori lelaki samada senior dan veteren terus digeruni di persada olahraga UTeM.

Wasalam
Saya




3 comments:

orkid said...

tahniah2 pd pemenang..fkm boleh..hehe..

baya said...

waa...dah abis pun SAJ 2010..congrats pd yg menang..huhu harap dapat join taun depan
kate nak tukar warne pingat tahun ni..hehe..800m?

Afza said...

tak sempat tukar...sebab sibuk dengan "management sukan pulak.." tapi syukur...masih memihak kepada FKM :)