Wednesday, January 18, 2012

Taklimat Kenaikan Pangkat 2012

Tempat: Auditorium Canselori UTeM
Tarikh: 12 Januari 2012


Taklimat di sampaikan oleh Prof Marizan. terdapat sedikit perubahan terhadap format penilaian pada kali ini.


Format sebelum ini 3 elemen penting diambil kira bagi calon yang ingon memohon kenaikan pangkat iaitu telah lulus PTK, Markah 50 keatas serta 3 tahun telah berkhidmat. Namun begitu, oleh kerana PTK telah dimansuhkan, ianya telah dipinda menjadi CPD Prospek. Ianya akan merujuk CPD pada 2011.


Format penilaian telah berlaku beberapa perubahan dari segi penambahan kriteria kecil. Namun seperti yang dijangkakan..semakin lama..syarat - syarat kenaikan pangkat menjadi semakin ketat. Walaupun kakitangan akademik secara asasnya tiada kuota atau waran, ianya tidaklah semudah yang dijangkakan.


Memenuhi 3 syarat asas seperti yang dimaklumkan diatas adalah hanya tiket saringan untuk ditemuduga oleh pengurusan tertinggi universiti (NC TNCA TNCP dan dekan fakulti masing masing). Selebihnya, ia akan dinilai semasa proses temudga tersebut (kriteria lain yang tidak dinyatakan secara bertulis).


Semoga mendapat sedikit maklumat dan panduan mengenai proses kenaikan pangkat UTeM.


p/s: Proses penilaian kenaikan pangkat adalah 2 kali dalam setahun.

No comments: