Tempat: Dewan Besar, UTeM Tarikh: 31 Januari 2012 (8.30am - 11.30am)
Banyak amanat yang disampaikan pada kali ini. Mungkin secara ringkas ialah tag line baru UTeM iaitu Always be Pioneer and Always be Leader!! :) ...3R juga disentuh lagi pada kali ini iaiut releven + referred + respect! :) Menegaskan tema perutusan ini ialah "Tekad Beresama Meneruskan Kecemerlangan" menunjukkan keupayaan UTeM sebagai IPTA yang "muda" dan mengorak langkah kepada keadaan yang lebih baik sepanjang tahun. Semoga warga UTeM khususnya FKM menyambut hasrat dan aspirasi pihak pengurusan supaya memberikan yang terbaik dari segala segi demi kebaikan bersama.
Wasalam
Tuesday, January 31, 2012
Karnival Jom Masuk U 2012
Tempat: Terengganu Trade Center Tarikh: 28 & 29 Januari 2012
Wasalam
Lenguh + letih + tekak kering.. :) itu gambaran yang boleh diberikan buat petugas karnival pada kali ini. Dengan keadaan dewan yang agak panas disertakan hujan lebat, ianya tidak sedikit pun melemahkan semangat petugas bagi memberikan penjelasan dan penerangan yang jelas kepada pelajar dan pengunjung. Semoga semua mendapat kebaikan dari program seumpama ini.
Wasalam
Monday, January 30, 2012
Taklimat Cuti Belajar 1/2012
Tempat: Auditorium Canselori, UTeM
Tarikh: 30 Januari 2012
Masa: 8.30am - 12.30pm
Tarikh: 30 Januari 2012
Masa: 8.30am - 12.30pm
Taklimat kali kedua buat saya ini tidak banyak bezanya dari yang pertama. Bermula dengan maklumat elaun dan kewangan oleh Pn Sabarina (dari unit bendahari), diikuti oleh TNCA yang baru iaitu Prof Kadim, taklimat perundangan dan akhir sekali oleh Pn Siti Salwa.
Mungkin keyword yang sesuai untuk taklimat pada kali ini ialah "diversity" atau "kepelbagaian" :).
Kuota 2012 untuk seluruh fakulti.
a) 8 ke UK.
b) 16 luar negara lain lain.
Digalakkan ke US. :)
Taklimat dihadiri beberapa rakan FKM yang lain:
1) En Hairul Bakri 2) En Budil 3) En Azli 4) En Firdaus 5) En Azmi 6) En Faizil 7) En Shafizal
8) Pn Mahanum 9) Cik Afiqah 10) En Rody
Wednesday, January 18, 2012
Taklimat Karnival Jom Masuk U 2012
Tarikh: 19 Januari 2012
Masa: 3.30pm
Tempat: Auditorium Canselori.
Masa: 3.30pm
Tempat: Auditorium Canselori.
Taklimat diberikan olej En Nizam Pavel mengenai perkara asas yang diperlukan bagi petugas Karnival Jom Masuk U 2012 kali ke 8. Kalau tka silap, taklimat seperti ini adalah yang pertama dibuat pada edisi kali ini. Antara perkara perting yang masih ternigang - nigan di fikiran saya ialah cuba dapatkan pelajar pada karnival tersebut berkadaran dengan pelaburan universiti bagi pengelolaan karnival ini.
Tips kemasukan pelajar ke IPTA adalah seperti berikut:
1) Merit pelajar (ranking).
2) Kekosongan kursus yang dipilih.
Kos Pengajian di UTeM.
1) Ijazah - Anggaran kos RM2000 per semester (8 semester)
2) Diploma - Anggaran kos RM1500 per semester (6 semester)
Sedikit maklumat tambahan - Kos diatas adalah setelah kerajaan menampung 1/3 kos pengajian. Sebab itulah kos pengajian di IPTA lebih murah berbanding IPTS.
Belajar adalah tugas sepanjang hayat :)
Wasalam
AGM KESURI 2012
Tempat: BK5, 6 Kampus Industri, UTeM
Tarikh: 13 Januari 2012
Semoga semua staf FKM dapat menyokong penuh kepimpinan baru bagi menghidup dan mengimarahkan KESURI bagi kepentingan semua ahli.
Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga FKM yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan dan tanggungjawab selama ini. Terima kasih atas sokongan dan dorongan rakan semua. :)
Antara Aktiviti Biro Sukan 2010 & 2011.
1) Menyelaras Sukan Antara Jabatan
2) Kejohanan Badminton Tertutup FKM 2010
3) Kejohanan Boling Tertutup FKM
Yuran 2012 telah saya jelaskan.
Wasalam
Tarikh: 13 Januari 2012
Gugur sudah jawatan saya sebagai Ketua Biro Sukan FKM (KeSURI) bagi penggal 2010 hingga 2011 (2 tahun). Secara keseluruhannya, saya menyokong penuh kepimpinan baru bagi memberi suntikan dan arah baru bagi pergerakan KESURI. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Induk KESURI 2012 - 2013.
Pengerusi: Dr Reduan
Naib - Dr Anne
Biro Kerohanian - En Fadhli
Biro Hal Ehwal Wanita - Pn Anita
Biro Sukan - Azhar Aziz
Biro Penerbitan - En Aiza Azwadi
Bendahari - Pn Serihate
Setiausaha - Pn Alidah
Semoga semua staf FKM dapat menyokong penuh kepimpinan baru bagi menghidup dan mengimarahkan KESURI bagi kepentingan semua ahli.
Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga FKM yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan dan tanggungjawab selama ini. Terima kasih atas sokongan dan dorongan rakan semua. :)
Antara Aktiviti Biro Sukan 2010 & 2011.
1) Menyelaras Sukan Antara Jabatan
2) Kejohanan Badminton Tertutup FKM 2010
3) Kejohanan Boling Tertutup FKM
Yuran 2012 telah saya jelaskan.
Wasalam
Taklimat Kenaikan Pangkat 2012
Tempat: Auditorium Canselori UTeM
Tarikh: 12 Januari 2012
Tarikh: 12 Januari 2012
Taklimat di sampaikan oleh Prof Marizan. terdapat sedikit perubahan terhadap format penilaian pada kali ini.
Format sebelum ini 3 elemen penting diambil kira bagi calon yang ingon memohon kenaikan pangkat iaitu telah lulus PTK, Markah 50 keatas serta 3 tahun telah berkhidmat. Namun begitu, oleh kerana PTK telah dimansuhkan, ianya telah dipinda menjadi CPD Prospek. Ianya akan merujuk CPD pada 2011.
Format penilaian telah berlaku beberapa perubahan dari segi penambahan kriteria kecil. Namun seperti yang dijangkakan..semakin lama..syarat - syarat kenaikan pangkat menjadi semakin ketat. Walaupun kakitangan akademik secara asasnya tiada kuota atau waran, ianya tidaklah semudah yang dijangkakan.
Memenuhi 3 syarat asas seperti yang dimaklumkan diatas adalah hanya tiket saringan untuk ditemuduga oleh pengurusan tertinggi universiti (NC TNCA TNCP dan dekan fakulti masing masing). Selebihnya, ia akan dinilai semasa proses temudga tersebut (kriteria lain yang tidak dinyatakan secara bertulis).
Semoga mendapat sedikit maklumat dan panduan mengenai proses kenaikan pangkat UTeM.
p/s: Proses penilaian kenaikan pangkat adalah 2 kali dalam setahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)