Friday, August 20, 2010

PSM 1 Minggu ke 6 Perkuliahan

Tarikh: 20 Ogos 2010
Masa: 8.00am - 11.30am
Tempat asal: BK4, Fasa B
Tempat pindah: Bilik Mesyuarat FKM, Fasa B
Panel: En Zaid Akop dan saya
Pelajar: 7 0rang
3 mengenai projek solar
3 mengenai projek CFD
1 mengenai projek porcelin

Secara keseluruhannya...persembahan pelajar adalah sederhana. Mungkin ianya adalah kali pertama membuat pembentangan PSM. Masalah mula timbul apabila terpaksa berpindah tempat seminar berikutan tiada bekalan elektrik di BK4, Fasa B. Ianya agak menggangu persiapan pelajar PSM bagi membentangkan projek menggunakan slide / power point.

Hasil daripada perbualan bersama pelajar yang dinilai, rata - rata menyambut baik perlaksanaan PSM yang diadakan ini. Untuk makluman, ianya adalah sistem baru yang dijalankan oleh FKM iaitu 2 sesi seminar PSM iaitu pada minggu ke 6 dan 11 perkuliahan. Berbanding amalan sebelumnya adalah minggu ke 12 sahaja. Antara kebaikannya adalah:

1) Pelajar lebih bersedia dan mengetahui kelemahan dengan lebih awal projek yang dijalankan.
2) Pelajar berpeluang utk drop/tarik diri pada minggu ke 12 kerana penilaian seminar PSM yang kedua adalah pada minggu ke 11.

Mungkin sedikit penambahbaikan dari segi perjalanan penilaian dimana:
1) Mungkin boleh dibuat pada hari bekerja seperti hari Rabu petang. Ianya pasti akan disambut baik oleh semua yang terlibat bagi menjayakan program P&P ini.

Semoga semuanya mendapat manfaat dari hasil perubahan ini demi kebaikan semua.

Wasalam

Bengkel Penyediaan Laporan Majlis Perjumpaan Pelajar

Tarikh: 18 Ogos 2010
Hari: Rabu
Tempat: SLBK 3, Fasa B
Masa: 8.30am - 4.30pm
Kos: RM0 Puasa..(8 Ramadhan 1431)

Kehadiran: Semua JK P.A kecuali En Rody dan Cik Liana.

Perjalanan bengkel adalah lancar dimana kedatanga JK silih berganti dengan banyak meeting/aktiviti telah dijalankan pada masa serentak. Dengan mengambil kira:

1) Kursus LMS (satu hari) - En Hairul
2) Mesyuarat FV 2010 (sebelah petang) - En Rody + En Herdy + Saya
3) Kelas ganti (sebelah pagi) - En Herdy
4) Mesyuarat Jabatan Struktur dan Bahan (sebelah petang) - Pn Zakiah
5) Perjumpaan pelajar PSM (sebelah petang) - En Azmi + Saya

Walaupun kesibukan itu, terima kasih kepada yang hadir dan memaklumkan ketidakhadiran bagi melancarkan perjalanan bengkel. Semoga JK P.A dapat melengkapkan laporan ini sekaligus mencapai SKT setiap jabatan dan sekaligus menyempurnakan SKT Fakulti.

Berikut adalah ahli JK P.A
1) Pn Zakiah - Hadir
2) En Asri - Memaklumkan ketidakhadiran
3) En Herdy - Hadir
4) En Hairul - Hadir
5) En Rody - Tidak hadir
6) En Rozaimi - Hadir
7) En Nor Azmi - Hadir
8) Cik Liana - Tidak hadir
9) Saya - Hadir

Wasalam

p/s: Terima kasih Pn Zakiah yang take over sekejap sementara saya hadir dari bercuti dikampung... :)

Tuesday, August 10, 2010

Kursus SPSS

Tarikh: 9 & 10 Ogos 2010
Tempat: Pusat Komputer
Masa: 9.00am - 4.30pm

Peserta FKM:
1) En Hanif
2) Pn Nor An
3) Saya

Secara umumnya, kursus ini banyak memberi maklumat dan manfaat kepada saya secara peribadi berkenaan penambahan ilmu SPSS (Statistic Process for Social Science). Amat berguna kepada sesiapa yang mempunyai banyak data atau bilangan eksperimen. Semoga "tools" ini dapat dikembangkan lagi secara menyeluruh kepada penyelidik - penyelidik agar memberi manfaat kepada ujikaji / kajian atau kaji selidik yang dijalankan. Terima kasih kepada pihak pengajar :).

Wasalam

Kem Kecemerlangan Akademik

Tarikh: 6,7 & 8 Ogos 2010 (Bertembung konvo)
Tempat: Kem Al Ezhar, Banting, Selangor

Pensyarah Pengiring:
1) En Hairul - Wakil Diploma
2) En Budil - Wakil JRI
3) En Ridhwan - Wakil SB
4) En Rody - Wakil JA
5) Saya - Wakil JTB

Hanya 14 orang pelajar yang berjaya hadir daripada 30 pelajar yang dicalonkan. Terima kasih kepada pelajar yang hadir dan supaya mendapat manfaat yang berguna demi kebaikan sebagai pelajar dan sorang insan di masa hadapan. Berikut adalah taburan Jabatan yang hadir:

1) JTB - 8 pelajar
2) JA - 2 pelajar
3) JSB - 4
4) JRI - Tiada wakil
5) Diploma - Tiada wakil

Tidak ketinggalan kepada Penasihat Akademik yang turut membantu melancarkan program ini. Semoga kita bersama terus berusaha bagi meningkatkan kualiti dan kejayaan pelajar.

Sedikit Post Morterm Mengenai Ketidakhadiran Pelajar bagi Program Tersebut:
1) Bertembung dengan waktu konvo
2) Pelajar tidak memaklumkan bahawa terlibat secara langsung dengan aktiviti konvo lantas tidak dapat mencari peganti bagi mengelakkan kekosongan tempat yang ditinggalkan.

Wasalam