Friday, August 20, 2010

PSM 1 Minggu ke 6 Perkuliahan

Tarikh: 20 Ogos 2010
Masa: 8.00am - 11.30am
Tempat asal: BK4, Fasa B
Tempat pindah: Bilik Mesyuarat FKM, Fasa B
Panel: En Zaid Akop dan saya
Pelajar: 7 0rang
3 mengenai projek solar
3 mengenai projek CFD
1 mengenai projek porcelin

Secara keseluruhannya...persembahan pelajar adalah sederhana. Mungkin ianya adalah kali pertama membuat pembentangan PSM. Masalah mula timbul apabila terpaksa berpindah tempat seminar berikutan tiada bekalan elektrik di BK4, Fasa B. Ianya agak menggangu persiapan pelajar PSM bagi membentangkan projek menggunakan slide / power point.

Hasil daripada perbualan bersama pelajar yang dinilai, rata - rata menyambut baik perlaksanaan PSM yang diadakan ini. Untuk makluman, ianya adalah sistem baru yang dijalankan oleh FKM iaitu 2 sesi seminar PSM iaitu pada minggu ke 6 dan 11 perkuliahan. Berbanding amalan sebelumnya adalah minggu ke 12 sahaja. Antara kebaikannya adalah:

1) Pelajar lebih bersedia dan mengetahui kelemahan dengan lebih awal projek yang dijalankan.
2) Pelajar berpeluang utk drop/tarik diri pada minggu ke 12 kerana penilaian seminar PSM yang kedua adalah pada minggu ke 11.

Mungkin sedikit penambahbaikan dari segi perjalanan penilaian dimana:
1) Mungkin boleh dibuat pada hari bekerja seperti hari Rabu petang. Ianya pasti akan disambut baik oleh semua yang terlibat bagi menjayakan program P&P ini.

Semoga semuanya mendapat manfaat dari hasil perubahan ini demi kebaikan semua.

Wasalam

No comments: