Tuesday, November 30, 2010

Jamuan Makan Sempena 10 Tahun UTeM

Tempat: Kompleks Sukan, UTeM
Masa: 11.00am
Tarikh: 1 Disember 2010

Tahniah UTeM kerana telah berusia 10 tahun. Sebagai sebuah IPTA, ianya adalah amat baru dan banyak lagi ruang dan peluang yang boleh dilaksanakan agar mendapat pencapaian yang lebih gemilang. Terima kasih kepada staf staf terdahulu yang membangunkan UTeM yang menjadi perintis ke arah kecemerlangan UTeM. Diharap 10 tahun lagi, sudah terdirinya bangunan FKM selaku fakulti terawal dalam penubuhannya.

Executive Talk OBE Assesment

Tempat: Auditorium Canselori, UTeM
Masa: 8.30am - 1.00pm
Tarikh: 20 November 2010

Terima kasih yang tidak terhingga terhadap ucapan dan penyampaian yang diberikan. Ianya adalah menjurus ke arah pelaksanaan OBE secara keseluruhan dengna mengambil kira CQI. Kalau UPM yang ada database pun tak dapat 5 tahun akredetasi...apakan pula UTeM yang baru bergerak serius ke arah itu. Namun, banyak ruang yang masih boleh dikongsi bersama agar kebaikan yang dihasratkan sampai kepada pelajar dengan sepenuhnya. Tahniah dan terima kasih kepada team Dr Syed diatas penganjuran program ini.

Wasalam

Monday, November 22, 2010

Taklimat PTK

Tempat: Bangunan Canselori
Masa: 3.00pm
Kehadiran FKM:
1) Dr Fendi
2) Dr Ruztamreen
3) En Firdaus
4) En Zaid
5) En Zulkefli
6) Saya

Sesi terakhir bagi pengamalan PTK bagi tujuan kenaikan pangkat atau kenaikan gaji. Tahun depan...amalan baru penilaian akan dijalankan. Semoga kumpulan terakhir ini berjaya dengan dengan cemerlang.. :)

Antara penilaian yang harus ditempuhi:
1) Mikroteaching - 15%
2) Pengucapan awam - 5%
3) Buat soalan final exam - 15%
4) Buat kertas penyelidikan jangka pendek 15%
5) Penilaian teknikal - 10%

Tarikh perjalanan PTK ini adalah pada 24 November 15 Disember.

Thursday, November 18, 2010

F1 In Schools 2010


Tempat: Hotel Brisdale (14 Nov 2010)
Tempat: Stadium Titiwangsa (15 & 16 Nov 2010), KL

Alhamdulillah...
Semua berjalan lancar. Sebanyak 29 pasukan telah berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir. Pada pusingan awal, setiap pasukan perlu menghantar video hasil projek melalui youtube dan kemudiannya akan disaring bagi melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar menengah berusia 16 tahun (tingkatan 4). Pada pertandingan kali ini..sekolah Men Sains Hulu Selangor sebagai pendatang baru telah memenangi pertandingan ini. Berikut sedikit butiran keputusan akhir F1 in Schools:

Knock out Award + Best Newcomer + Best Port Foli0 + Best Pit display + Overall Champion - Velospeed (Sek Men Sains Hulu Selangor)
Best Marketing & Sponsor Award + Innovation Award - Excel Vision - Sek Men Batu Lintang, Sarawak
Preserverance Award - Shock Wave - Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah.
Best verbal Award + Best team Identity + Second Overall Place - Android - Sek Men Aminudin Baki, K.L.
Best Engineered Car Award + Third Overall Place - Celiritas F1 - Sek Dato Abdul Razak, N9.

Untuk makluman, kumpulan Vortex dari Sek Sri Putri (SSP) telah berjaya mencatat masa terpantas dengan 0.9 saat. Ia merupakan rekod baru kebangsaan.

Juara keseluruhan dan naib juara akan mewakili negara untuk menyertai pertandingan dunia di Dubai. Semoga adik adik kita berjaya di sana kelak.

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput saya sebagai juri. Mohon dimaafkan segala kekurangan.

Wasalam

Thursday, November 11, 2010

Commissioning Solar Bus Stop

Tarikh: 12.11.2010
Tempat: Kawasan Projek, Kampus Tetap, UTeM

Alhamdulillah..siap akhirnya sebuat projek penyelidikan (Top Down) yang diamanahkan untuk FKM + FKP + FKEKK. Ianya adalah sebuah prototype (model) bagi aplikasi tenaga solar bagi penjanaan tenaga LED dan lampu pada bus stop tersebut. Selaras dengan aspirasi kerajaan negeri bagi membudayakan teknologi hijau.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Go Green !! :)

Wasalam