Sunday, February 22, 2009

Minggu Yang Agak Sibuk

Tarikh: 21 Feb 2008
Tempat: Kompleks Sukan UTeM
Perkara: Kejohanan Ping Pong Sukan Antara Jabatan 2009

Tahniah diatas kemenangan team FKM menentang FKEKK dengan muncul juara..sesungguhnya komitmen semua pihak adalah punca utama kepada kejayaan sulung ini. Tidak keterlaluan..kejayaan ini dihadiahkan kepada "Pengurusan Baru FKM" yang akan membawa fakulti ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah kepada semua.


















Tarikh: 20 Feb 2009 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 5 Cubic
Aktiviti: Persiapan akhir Audit FKM

Terima kasih kepada rakan rakan yang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir menjelang audit pada minggu lepas...sesungguhnya kalian adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik.. cukup sekadar memaparkan sebahagian gambar mereka yang telah bertungkus lumus.. ;)



















Wasalam

Wednesday, February 18, 2009

Makan Malam Bersama Prof Pelawat Nasir Tamin

Masa: 8.30pm
Tempat: Nakhoda Seafood
Tarikh: 18 Feb 2009

Minta maaf sebab tiba lewat ..dalam 8.45pm sebab tumpang kawan pegi ke sana... Aktiviti ni lebih kepada untuk meraikan kedatangan Prof Pelawat ke FKM dan juga AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada pengelola yang sudi juga menjemput saya untuk majlis malam tadi.. Makanan kat situ utk malam tadi memang best!!! heheheheheh....lepas ni boleh terus "patent" kan menu tu utk apa apa function fakulti..!! :) oh ya.. Prof Pelawatnya ialah Prof Nasir Tamin dari UTM...saya punya lecturer solid mechanic 2 dulu... :) heheheheheh :)














Wasalam

Tuesday, February 17, 2009

Game Pertama Bola FKM Menentang Pusat Komputer dan Selection Bowling

Tarikh: 17 Feb 2009
Hari: Selasa
Assalamualaikum..

Tahniah kepada FKM yang telah menang pada pertemuan pembukaan dengan jaringan 2-0. Gol hasil jaringan Cha'a iaitu midfielder FKM. Pada kali ini pemain dibarisi dengan struktur yang lebih mantap bagi menggalas cabaran di kejohanan Sukan Antara Jabatan 2009. Terima kasih kepada penyokong setia FKM yang tidak jemu jemu memberikan support "psikologi" kepada pemain hingga mereka bermain dengan prestasi terbaik... cuma saya ingatkan pada pemain... jaga jagalah kaki supaya tidak injured kerana kita hanya bermain di peringkat Universiti... Saya terpanggil untuk memaklumkan kerana didapati semasa pertemuan antara FKP dan Perpustakaan semalam...terdapat staf yang telah patah kaki akibat dikasari pihak lawan... (amatlah tidak berbaloi!!!)

Malamnya pula ada selection bowling pulak..semuanya enjoy...seolah olah hari keluarga FKM pulak!!! kepada otai otai bowling..minta tunjuk ajar kepada saya kerana saya hanya 225 jatuhan pin sahaja utk 2 frame.. :( ... Apa pun teruskan muhibah melalui bersukan dan terima kasih yang menjayakan bolasepak dan bowling pada semalam..!!!

Wasalam

Saturday, February 7, 2009

Latihan tenis FKM dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Menentang FKP

Tarikh: 5 Februari 2009
Hari: Khamis
Tempat: Gelanggang Tenis dan Padang Dusun dato Murad
Masa: 5.30pm

Merupakan sesi pertama latihan rasmi pasukan tenis FKM bagi persiapan pasukan untuk kejohanan "Sukan Antara Jabatan" ..Alhamdulillah...mendapat sambutan yang luar biasa... dan disebabkan itu juga... pasukan telah menetapkan bahawa sesi latihan akan dibuat 2 kali seminggu!!!...Terima kasih "coach jemputan" yang sanggup berkorban masa, tenaga dan peralatan sukan..demi membangunkan sukan tenis dikalangan staff fakulti... Hanya Allah yang akan membalas segala budi dan keringat beliau... :)

Selain itu..

Pasukan FKM telah berjaya dalam perlawanan persahabatan menentang FKP (jiran sebelah..) dengan jaringan 4-2... Penjaring adalah saudara Faiz, Rizal dan Azhar... tahniah ..tahniah..dan tahniah...semoga berjaya mengharungi cabaran pada kejohanan Sukan Antara Jabatan kelak.. terima kasih kepada pengurus yang bertungkus lumus mengendalikan dan mengelolakan perlawanan pada hari tersebut.. :)

Wasalam

Wednesday, February 4, 2009

Amanat NC

Tempat: MITC
Masa: 10.00am - 11.30am
Tarikh: 5 Februari 2009

Banyak juga isi isi yang disampaikan.. yang paling ingat rasanya ialah..nak buat anugerah untuk penyelidik + ahlis sukan yang terbaik setiap tahun.. Selain tu... semua kena bergerak bersama umpama sebuah pasukan bolasepak!! ..mesti tau tujuan bermain...bermain berpasukan... dan semangat kerjasama yang erat!!! :) Walaupun sebuah IPTA yang baru...tapi..masih ada banyak ruang dan perkara yang perlu dibuat bagi membangunkan UTeM!!! bersama memajukannya... :)

Wasalam