Tuesday, February 17, 2009

Game Pertama Bola FKM Menentang Pusat Komputer dan Selection Bowling

Tarikh: 17 Feb 2009
Hari: Selasa
Assalamualaikum..

Tahniah kepada FKM yang telah menang pada pertemuan pembukaan dengan jaringan 2-0. Gol hasil jaringan Cha'a iaitu midfielder FKM. Pada kali ini pemain dibarisi dengan struktur yang lebih mantap bagi menggalas cabaran di kejohanan Sukan Antara Jabatan 2009. Terima kasih kepada penyokong setia FKM yang tidak jemu jemu memberikan support "psikologi" kepada pemain hingga mereka bermain dengan prestasi terbaik... cuma saya ingatkan pada pemain... jaga jagalah kaki supaya tidak injured kerana kita hanya bermain di peringkat Universiti... Saya terpanggil untuk memaklumkan kerana didapati semasa pertemuan antara FKP dan Perpustakaan semalam...terdapat staf yang telah patah kaki akibat dikasari pihak lawan... (amatlah tidak berbaloi!!!)

Malamnya pula ada selection bowling pulak..semuanya enjoy...seolah olah hari keluarga FKM pulak!!! kepada otai otai bowling..minta tunjuk ajar kepada saya kerana saya hanya 225 jatuhan pin sahaja utk 2 frame.. :( ... Apa pun teruskan muhibah melalui bersukan dan terima kasih yang menjayakan bolasepak dan bowling pada semalam..!!!

Wasalam

No comments: