Wednesday, December 24, 2008

ESQ Training

The ESQ Way 165
Tempat: MITC
Masa: 8.00am - 7.00pm
Tarikh: 22 - 24 Disember 2008
Secara umumnya... amat baik kepada mereka yang dah tersimpang jauh dari landasan sebenar... !!! heheeheeheh... Kepada yang tak tarsimpang jauh sgt tu, mungkin sebagai "refresh" or "recharge" untuk santapan rohani. Dalam bahasa yang mudah..training ni ialah .. "Memberi ceramah kesedaran diri dalam pendekatan/penekanan agama dalam bentuk Power Point dengan 4 skrin besar dengan sistem bunyi yang baik!! :) Tahniah juga kepada trainer dan penganjur yang saya kira berjaya dalam menyampaikan isi dan maklumat yang baik dan teratur. Sehingga kini..saya masih terngiang ngiang "gerak tari" Mr Zero. :) Tahniah kepada yang terlibat!!!



Angkatan Pertama FKM UTeM ialah:
1) En Kamarul Ariffin
2) En Rizal Alkahari
3) En Nazri Daud
4) Pn Siti Hajar
5) Pn Fatimah
6) Pn Zakiah









Saturday, December 20, 2008

Kursus Code Of Ethics

















Tempat: Bangunan IEM P.J
Tarikh: 18 & 19 Disember 2008
Masa: 8.30am - 7.00pm
Topic: Code of Ethics/Regulations

Akhirnya habis juga "BEM mandatory course" ni. Dari segi input.. sangat baik..sebab kebanyakannya cerita base on pengalaman.. :) so kepada rakan rakan yang nak apply atau mendapatkan title "I.R" atau "Engr" ..salah satu mandatory course yang kena pergi ialah training ni.. selain tu..kena gak pergi 2 lagi mandatory course seperti "safety and health" dan "project management" kalau tak silap la.. errr ..ni kira baru 1/4 dari pada requirement utk dapat title tersebut.. nak penjelasan lanjut ..boleh kita sembang lain ok.. :) Pada saya... ni kira lebih kepada fulfill EAC requirement sebagai lambang kekuatan jabatan/fakulti dan universiti terhadap pengambilan dan kualiti staf yang diambil.. :) ....TQ to Engr Rocky, Ian Partridge, Engr Choo, Prof Ruslan dan semua warga IEM Training Center yang terlibat.. :)

Thursday, December 4, 2008

FKM FC Menemui Rentak Kemenangan

Akhirnya..pasukan FKM FC berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi pasukan Veteren UTeM degan 4 gol berbalas 1. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemain FKM FC yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang perlawanan tersebut. Sungguhpun perlawanan agak tegang sedikit pada masa kedua, namum ianya tidak menjejaskan tumpuan para pemain. 2 jaringan pada babak pertama dan 2 jaringan lagi pada babak kedua sudah cukup menceritakan keampuhan bahagian serangan yang dapat menyaingi pengalaman pasukan lawan manakala hanya bolos 1 gol pada babak pertama telah menceritakan perkembangan positif terhadap sistem pertahanan pasukan. Pasukan FKM FC akan berehat 2 minggu bagi membolehkan para pemain berehat dengan cukup dan memberi ruang kepada pihak pengurusan merangka perlawanan persahabatan yang lain dalam masa terdekat. Terima kasih kepada semua pemain!!!

Tempat: Padang Latihan, UTeM
Masa: 5.45pm
Tarikh: 3 Disember 2008 (Khamis)

p/s: Terima kasih kepada penonton/kengkawan yang sanggup bersama - sama ke"renyai"an di padang semalam....that what we call "genuine supporters" :)

Tuesday, December 2, 2008

Kolokium Bulanan FKM

Tempat: Tingkat 5
Tarikh: 2 Disember 2008

Kali ni giliran saya pulak utk buat pembentangan kertas kerja...menarik jugak sebab tak ramai yang hadir... so kira ok jer lah present depan kengkawan :) ..cuma kali ni...cara present tu agak santai sikit sebab lebih bertujuan utk share knowledge pasal projek yang dibuat. Terima kasih kepada rakan rakan yg support semasa kolokium tersebut terutamanya En Shafizal Bin Mat yang berkongsi kegelisahan dan kegusaran sepanjang pembentangan tersebut :) hehehehehe...so esoknya plan nak celebrate main badminton..!! hureyy!! :)

Majlis Perpisahan En Fadzli di Tom Yam Klasik

Sempena meraikan keberangkatan saudara Fadzli yang akan ke Jepun minggu hadapan...rakan rakan FKM yang berkelapangan telah membuat sedikit jamuan tengah hari sebagai tanda penghargaan selama beliau berkhidmat di bawah bumbung FKM. Semoga beliau berjaya di sana nanti dan kembali sebagai Dr. Fadzli Bin Abdullah.. Kalau supervisor sana nak pakai orang utk PhD...jgn lupa inform kengkawan ok!!!... :) "Nandagorewa?"