Thursday, December 4, 2008

FKM FC Menemui Rentak Kemenangan

Akhirnya..pasukan FKM FC berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi pasukan Veteren UTeM degan 4 gol berbalas 1. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemain FKM FC yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang perlawanan tersebut. Sungguhpun perlawanan agak tegang sedikit pada masa kedua, namum ianya tidak menjejaskan tumpuan para pemain. 2 jaringan pada babak pertama dan 2 jaringan lagi pada babak kedua sudah cukup menceritakan keampuhan bahagian serangan yang dapat menyaingi pengalaman pasukan lawan manakala hanya bolos 1 gol pada babak pertama telah menceritakan perkembangan positif terhadap sistem pertahanan pasukan. Pasukan FKM FC akan berehat 2 minggu bagi membolehkan para pemain berehat dengan cukup dan memberi ruang kepada pihak pengurusan merangka perlawanan persahabatan yang lain dalam masa terdekat. Terima kasih kepada semua pemain!!!

Tempat: Padang Latihan, UTeM
Masa: 5.45pm
Tarikh: 3 Disember 2008 (Khamis)

p/s: Terima kasih kepada penonton/kengkawan yang sanggup bersama - sama ke"renyai"an di padang semalam....that what we call "genuine supporters" :)

2 comments:

M said...

bagusss kemenagan yg cukup bergaya...sori la bos x dpt nk dtg sokong..ati tgh berkecamuk campur ujann ahh kat kg hamba..hehehe

Afza said...

takper..no problem!! :)