Tuesday, March 27, 2012

Kursus Microsoft Advance

Tarikh: 26 & 27 Mac 2012
Tempat: Pusat Komputer UTeM
Masa: 9.00am - 4.30pm
Peserta FKM:
1) En Hairi
2) En Alizam
3) En Shafizal
4) Saya
Kursus microsoft office advance selama 2 hari meliputi penggunaan menyeluruh menu menu yang terbaru pada version micrisoft 10. Maslah membuat TOC, indexing, page break dan front cover antara perkara yang ditekankan oleh pengajar (Pn Maizura). Semoga ianya dapat dimanfaatkan dalam tugas seharian.

Wednesday, March 21, 2012

Kursus CFD Ansys 14.0

Tempat: Makmal Termodinamik 1, Fasa B, UTeM
Tarikh: 14 & 21 March 2012 (Rabu)
Masa: 2.00pm - 5.00pm

Kursus asas CFD Ansys 14.0 kepada para pelajar tahun akhir FKM telah berlangsung selama 2 hari. Diharap semua pelajar mendapat sedikit manfaat dari kursus ini. Ia adalah salah satu usaha bagi meningkatkan prestasi pelajar bagi matapelajaran PSM (Projek Sarjana Muda) serta memberikan teknik yang betul dalam pengendalian analisis CFD. Semoga semua berjaya dan mendapat markah yang baik bagi projek tahun akhir. Mohon maaf diatas segala salah, silap dan kekurangan.

Wasalam

Thursday, March 15, 2012

Seminar Bahaya Ancaman Syiah

Tempat: Masjid UTeM
Masa: 8.30am - 2.00pm

Dah dengar jadi takut pulak tgk geng geng syiah terutamanya di Malaysia.. Menambah "wilayah" sebahagian daripada rukun islam mereka, ciri ciri berpura pura dan mengagongkan imam 12 merupakan elemen untuk mengenali kumpulan ini. Semoga semua umat islam terpelihara dari amalan yang menyimpang dan merujuk quran dan sunnah sebagai panduan hidup.

Majlis Perjumpaan P.A dan Anugerah Dekan






Tarikh: 14 March 2012
Tempat: Dewan UTeM
Masa: 9.00pm

Majlis yang mungkin terakhir buat saya setelah memimpin pelajar yang sama semenjak dari tahun 1. Semoga mereka semua berjaya kelak. Makanan nasi lemak sedikit jelantah! :) tapi kira ok sebab sepatutnya tiada langsung peruntukan makanan kerana tidak diluluskan oleh pihak universiti. Semoga perbelanjaan berhemah ini menampakkan hasilnya. :)

Tuesday, March 6, 2012

Seminar Retrofiting Green Buidling









Tempat: PWTC, KL
Tarikh: 1 March 2012
"Tiada yang baru" buat saya selain daripada makluman mengenai pinjaman kredit yang diberikan oleh bank terhadap kerja - kerja "green" pada sesebuah premis / bangunan untuk sesebuah syarikat. Semoga lebih banyak lagi usaha ke arah green technology seiring aspirasi kerajaan. Soalan cepu emas..."bilakah FIT (Feed In Tarif) akan dilaksanakan?" :)
Tiada yang baru merujuk kepada kursus GBI (Green Building Index) yang telah disertai tahun lalu (2011). Hampir 80% telah di "cover" semasa kursus tersebut. :)