Monday, October 31, 2011

Kejohanan Badminton Tertutup FKM 2011

Tarikh: 29 Okt 2011
Hari: Sabtu
Masa: 8.30am - 2.00pm

Seramai lebih 30 staf FKM telah terlibat dalam kejohanan tertutup ini. Dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bergu lelaki dan campuran, ianya telah berjalan dengan lancar sekali.

Berikut adalah keputusan penuh bagi kejohanan berikut:

Kategori Bergu Lelaki:
Juara: En Johardi & En Aiza Azwadi
Naib Juara: En Hasrul Hadi & Dr Ahadlin
Tempat ketiga: En Fudhail + En Ridzuan Ahmad
Tempat keempat: En Hanif & En Azmi Nordin

Kategori Bergu Campuran:
Juara: En Firdaus Sukri & Isteri
Naib juara: En Azhar Aziz & Isteri
Tempat ketiga: Dr Juzaila & Isteri
Tempat keempat: En Aiza Azwadi + Cik Habibah

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga ianya memberikan kebaikan khususnya kepada seluruh warga FKM.

Wasalam

Tuesday, October 25, 2011

F1 in Schools Zon Selatan


Tempat: Ayer Keroh D'Village
Tarikh: 23 hingga 25 Oktober 2011

Sebanyak 14 pasukan yang bertanding bagi zon selatan ini. Masa terbaik 1.04saat. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan kelak. :) Antara kategori yang dipertandingkan ialah:

Best engineered car + Fastest Car + Best booth + Best portfolio + Best Team Identity + Best Sponsership.


Keputusan Penuh:

Tempat 1: G Velocita - King George - N9

Tempat 2: Zealous - MOZAC - Melaka

Tempat 3: Infinity F1 - Johor







Sunday, October 23, 2011

Konvokesyen ke 7 UTeM




Tarikh: 22, 23 Oktober 2011
Hari: Sabtu dan Ahad
Sesi: 1, 2 & 3
Masa: 8.00am - 4.30pm



Semoga pelajar semua terus berjaya dimasa hadapan. Episod baru akan bermula dengan cabaran dan godaan yang lebih mencabar. Semoga berjaya! :)





Saturday, October 1, 2011

Peperiksaan GBI Fasilitator


Tempat: Taylor College (Lake Side)
Tarikh: 1 Oktober 2011.

GBI fasilitator adalah individu yang ditauliahkan kebenaran membuat perundingan / membantu pihak pemilik bangunan untuk menerapkan elemen "Green Building Index" pada bangunan pemilik (samada akan dibina atau telah dibina). Di Malaysia, GBI ini dikelaskan kepada 4 tahap:


a) 86 dan keatas - Platinum
b) 76-85 - Gold
c) 66-75 - Silver
d) 50-65 - Certified

Bagi mendapat tauliah sebagai GBI Fasilitator ini, calon dikehendaki menjalani kursus lanjutan (advanced) selama 3 hari yang dikendalikan oleh GBI Sdn Bhd dan melakukan tugasan dan peperiksaan. Berikut diperincikan penilaian bagi kursus GBI:
a) Kedatangan kursus minima 75%
b) Ujian objektif 40 soalan selama 1 jam (3 minggu dari tarikh akhir kursus)
c) Pembentangan projek (3 minggu dari tarikh akhir kurus)

Keputusan dikeluarkan lagi 2 bulan dari tarikh akhir peperiksaan.

Wasalam

Group 13 Batch #15: Suria + Lee Penang + Toh + Dr Hamdan + Mr Jimmy + Cindy + En Khalid + Me + Aleen + En Roslee + Lee KL

Majlis Perjumpaan Penasihatan Akademik dan Anugerah Dekan

Tarikh: 28 September 2011
Tempat: Dewan Besar
Masa: 7.30pm - 10.45pm
Aktiviti: Majlis Perjumpaan P.A dan Anugerah Dekan.


Walaupun bermula lewat dari masa yang dijadualkan daripada tentatif, namun segala perancangan dapat dijalankan dalam suasana yang masih terkawal. Dari segi kedatangan staf, hampir 95% yang hadir manakala kehadiran pelajar pada perkiraan saya mencapai 50%. Syabas kepada kepimpinan baru dan seluruh warga JK P.A.


Ini adalah buat pertama kalinya saya menghadiri Majlis Perjumpaan P.A FKM bukan sebagai jawatankuasa. Untuk makluman, saya menjadi AJK P.A bermula 2007 hingga 2010.


Semoga aktiviti yang baik ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya pelajar FKM.