Wednesday, December 29, 2010

Majlis Perpisahan Prof Madya IR Mustafar

Tempat: Ruang Legar Fasa B, UTeM
Tarikh: 29 Disember 2010
Masa: 4.30pm

Aluan daripada dekan yang dipengerusikan oleh En Imran Syakir. Perjalanan majlis diiringi titisan hujan renyai yang memabashi bumi. Secara peribadi beliau adalah seorang mentor dalam bidang akademik semasa beliau menjadi TDA. Tidak sangka ada jugak sedikit persamaan antara kami. :)

1. Berasal dari Selangor
2. Menjadi JK P.A
3. JK Hubungan Industri
4. Berhenti dari UTeM?? :) we will see later! :)

Walaupun tidak mengenali rapat dengan beliau namun betul kata pepatah...."kita akan menghargai seseorang apabila kita mula kehilangannya.."

Terfikir juga adakah saya juga diberi kesempatan untuk meninggalkan UTeM kelak dengan meninggalkan budi + jasa + khidmat yang bermanfaat kepada warganya...??

Tuesday, December 28, 2010

Taklimat Penasihatan Akademik pada Staf Baru

Tarikh: 29 Disember 2010
Masa: 12.15pm
Tempat: Makmal Rekabentuk Auto Fasa B, UTeM

Kehadiran:
1) Pn Anita
2) En Fadhli Syaria;
3) Cik Fathiha
4) En Farid
5) En Nazri
6) En Adri
7) En Fairuz
8) En Ahmad Nizam
9) Pn Edayu
10) En Irwan
11) Pn Nadlene
12) Pn Suhaila
13) Cik Liana
14) En Nor Azmi

Keseluruhan berkisar secara ringkas peranan sebagai P.A dan penghasilan Fail Penasihatan Akademik. Lebih menjurus kepada praktis fakulti dalam perjalanan fan fungsi P.A

Wasalam

Wednesday, December 22, 2010

Kejohanan Bowling Tertutup FKM 2010 - KESURI

Tempat: MIBC (Melaka International Bowling Center)
Tarikh: 22 Disember 2010
Masa: 8.00pm - 11.20pm

Seramai 56 staf FKM telah melibatkan diri bagi acara yang julung kali diadakan pada tahun 2010. Suasana kejohanan sungguh meriah dengan keseluruhan peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Setiap lane terdiri daripada 4 orang pemain dimana menggunakan kaedah "cross lane". Permainan diadakan sebanyak 3 game dan markah yang tertinggi bergantung kepada kategori yang dipertandingakan akan dikira sebagai pemenang. Berikut sedikit makluman tentang senarai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan.

Juara Kategori Kumpulan.
Lane 13
Pemain: En Azhar Baharudin, En Ikhmal, En Kamarudin & En Nazri
Jatuhan pin: 1656

Naib Juara Kategori Kumpulan
Lane 10
Pemain: En Budil + En Firman + En Herdy + En Ridzuan Ahmad
Jatuhan pin: 1458

Ketiga Kategori Kumpulan
Lane 12
Pemain: Azhar Aziz + Fudhail + Rozaimi + Dr Yusmady
Jatuhan pin: 1418

Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki.
En Zaid
Jatuhan pin: 483

Jatuhan Pin Tertinggi Perempuan.
Pn Suhaili
Jatuhan pin: 332

Anugerah Khas Pertama.
Pemain yang membawa penyokong terbanyak - Pn Suhaili

Anugerah Khas Kedua
Pemain pengantin paling baru - En Nazri

Pengajur mengucapkan syabas kepada pemenang dan memohon maaf sebarang kekurangan yang berlaku disepanjang kejohanan.

Tuesday, December 21, 2010

ICSTIE

Tarikh: 16 & 17 Disember 2010
Tempat: Hotel Gurney Pulau Pinang

Sebagai pembentang hari pertama, perjalanan program berjalan lancar dengan kebanyakan sesi bermula seperti yang dijadualkan. Antara staf FKM yang turut serta dalam ICSTIE 2010 ini ialah:

1) En Wan M (2 kertas kerja)
2) En Hairul Bakri (1 kertas kerja)
3) En Firdaus (1 lertas kerja)
4) En Adri (1 kertas kerja)
5) Saya (1 kertas kerja)

Semoga semua penulis penulis FKM terus berkarya...!! :)

Technical Talk IAP

Tempat: Auditorium PPS, UTeM
Penceramah: Mr Toshiaki Mase
Tarikh: 15 Disember 2010

Secara keseluruhannya terdapat banyak input yang diperolehi berkenaan topik yang dibincangkan. Dimana pengusaan software dalam bidang kejuruteraan bagi membantu dari segi proses pembangunan. Kerancakan program digendalakan sedikit dengan sesi penterjemahan yang sedikit menggangu mood perjalanan majlis. Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ilmiah ini. Sesi ini di sertai oleh beberapa staf FKP. Semoga semua mendapat manfaat daripada ceramah ini.