Wednesday, October 20, 2010

Pengisytiharan Melaka Maju 2010

Jam: 20:10
Pada: 20.10.
Tahun: 2010

Kearah teknologi dan bandaraya hijau (Green Technology) amat bertepatan dengan bidang tujah FKM selaku pemangkin ke arah aspirasi tersebut. Semoga ianya akan tercapai seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan kepada semua penggiat "renewable energy + green technology" bersama sama kita bangunkan negeri Melaka.

Wasalam

Saya juga ada buat pengisytiharan pada tarikh ni.. :) saya suka !! :)

Wednesday, October 13, 2010

Technical Talk JRI

Penceramah: CEO Dreamedge
Tempat: PPS
Tarikh: 15 Oktober 2010
Masa: 2.30pm - 4.30pm

Keseluruhannya berjalan lancara dengan banayk topik pembentangan berkisar mengenai "Digital Engineering". Walaupun akur kepada kekurangan pakar di Malaysia...namun yang penting modal insan yang perlu dilahirkan perlulah seiring atau mampu bagi menggunakan/menampung keperluan teknologi semasa.

Sambutan kehadiran adalah amat menggalakkan sehingga terdapat dikalangan staf yang berdiri semasa ceramah disampaikan berikutan tiada kekosongan tempat duduk. :)

Wasalam

Sunday, October 10, 2010

3rd FV UTeM

Tempat: Stadium Hang Jebat, Melaka
Tarikh: 8-10 Oktober 2010

Buat kali ketiganya UTeM dibawah pengendalian FKM telah menganjurkan Forumula Varsity 2010. Litar sepanjang 1.1 km digunakan sebagai medan pertandingan dengan pelumba perlu menghabiskan 30 pusingan. Sebanyak 20 pasukan telah turut serta dari 16 IPTA + IPTS + Politeknik + Kolej Komuniti. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu ujian statik dan dinamik serta perlumbaan. Berikut adalah pecahan markah bagi kategori tersebut:

1) Statik dan dinamik = 50%
2) Perlumbaan = 50%

Antara spesikasi utama didalam pertandingan adalah "enjin cc 135" open serta berat kereta mestilah lebih 200kg bersama pemandu. Terima kasih tidak terhingga kepada juri jemputan dari pelbagai sektor antaranya Proton + Honda dan Petronas. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan.























Thursday, October 7, 2010

Makan Malam Bersama Prof Pelawat

Tempat: Umbai.
Masa: 8.00pm - 10.30pm
Tarikh: 6 Oktober 2010
Peserta: Rujuk gambar

Kesemuanya ceria dan gembira diatas juadah yang disediakan. Cuma ada satu ikan yang tak ok sgt semalam membuatkan selera sedikit terbantut. Namun begitu para tetamu masih mampu melicinkan lauk pauk yang disediakan. Terima kasih kepada penganjur iaitu En Zaid yang bertungkus lumus bagi menjayakan program makan makan ini. :)

Wakil FKM
1) Dekan
2) TDA
3) TDP
4) KJ JTB
5) PM JO
6) En Shamsul
7) Dr Ridwan
8) En Hafiz
9) En Zul
10) En Edi
11) En Zaid
12) En Wan M
13) En Irwan
14) Pn Nadlene
15) En Isa
16) Saya

Wasalam

Ceramah Teknikal Anjuran JTB

Penceramah: Prof Dr Kamaruzzaman Sopian
Tempat: Auditorium Canselori
Masa: 2.30 pm - 4.00pm
Tajuk: How To Write a Good Proposal

Mendapat sambutan baik dari kalangan staf JTB. Meneragkan teknik teknik yang betul terhadap cara permohonan peruntukan atau grant bagi tujuan penyelidikan... bukan menipu...tapi inovasi + eksploitasi + manipulasi!! :)

Wasalam

Wednesday, October 6, 2010

Solar Energy

Tarikh: 6 Oktober 2010
Tempat: PPS, UTeM
Penceramah: Prof Dr Kamaruzzaman Sopian

Berkisar mengenai amalan teknologi solar yang sering menjadi perdebatan mengenai harga + output + prestasi dan sebagainya. Terima kasih diatas perkongsian maklumat yang diberikan semoga ianya memberi manfaat kepada semua. Untuk makluman beliau adalah pengarah SERI di UKM (Solar Energy Research Institute).

Kursus Aplikasi Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran

Tempat: Kampus Bandar, UTeM
Tarikh: 6 Oktober 2010
Masa: 8.30am - 4.00pm
Penceramah: Prof Madya Jamaludin (Manager ICT UTM)

Kursus berkaitan mengenai aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyentuh padagogi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran yang dibuat. Teknologi hanya "tool" ..yang lebih penting adalah bagiamana kita menggunakan "tool" tersebut dengan sebaik mungkin bagi memberikan input dan maklumat yang semaksima mungkin kepada pelajar.

Boleh rujuk:
Slideshare + delicious + wordpress + blog + twitter + facebook :)

Tuesday, October 5, 2010

Happy Birthday To Me :)

"Less is more! & Maybe this time..for the first time..for a long time.. "
Alhamdulillah , syukur dan terima kasih dengan segala kurniaan dan rezeki.."

Wasalam