Monday, May 18, 2009

Kursus "Kaedah Penyelidikan"

Tarikh: 18 -25 Mei 2009
Tempat: Auditorium, Banguanan Canselori
Masa: 8.30am - 10.30pm

Ni antara kursus wajib panjang!! kursus wajib bagi staf yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Master atau Phd... nasib baik hanya sekali jer ambik.. Secara keseluruhan..kursus ni amat baik pengisiannya..mungkin ada beberapa slot sahaja yang rasanya tidak releven..tetapi masih boleh diterima dan didengar sebagai ilmu tambahan. Mungkin menariknya kursus ini adalah kerana penyampaiannya daripada pensyarah - pensyarah muda atau "fresh" yang baru sahaja menamatkan pengajian. Oleh yang demikian "terasa dekat" segala penceritaan dan pengalaman yang disampaikan.. satu lagi sebab kengkawan jer yang cerita.. :) tu yang boleh sembang sembang secara lebih telus dan jujur. :) Apa pun sedikit sebanyak mereka telah "inspired" kami sebagai peserta kursus. Walaupun ada yang cakap setelah seat untuk kursus ni rasa macam dah tak jadi nak sambung Phd...tapi itu tak menghalang daripada peserta membuat persiapan yang terbaik untuk sesi pembentangan pada 2 minggu dari tarikh tamat kursus. Terima kasih kerana menyampaikan ilmu ..terima kasih kepada raka rakan yang banyak membantu.. :)



Wednesday, May 13, 2009

Petugas Pameran

Tempat: Sek Tenik Tunku Jaafar Negeri Sembilan
Tarikh: 13 Mei 2009
Masa: 8.00am - 4.00pm

Sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar... Tapi kiranya pendedahan yang bagus untuk membuatkan UTeM lebih dikenali dan dekat pada para pelajar. Sekolah ni yang menariknya diorang fokus kepada aktiviti solar. Contohnya..buat pagar solar...taman yang menggunakan kuasa solar... dan yang paling best..diorang telah bergabung tenaga "caloboration" dengan UTM untuk joint pertandingan "Solar Car Challenge" yang akan diadakan tahun depan. Untuk peringkat kebangsaan..mereka akan masuk pertandingan Karnival Sains dan Teknologi" untuk pertandingan kereta lumba solar berskala kecil. :) ...Apa pun tahniah dan syabas.. semoga kejayaan berpihak di sekolah angkat UTeM ini.

Friendly Match BMCA vs BMCT + Staf

Tarikh: 8 Mei 2009
Masa: 6.00pm
Tempat: Padang Stadium

Walaupun staf hanya 5 orang sahaja yang hadir dan 3 orang sahaja yang bermain..namun permainan tetap berjalan dengan baik... keputusan akhir memihak kepada pelajar BMCA. Antara objektif pertandingan ini adalah bagi merapatkan ukhuwah terhadap pelajar yang akan meninggalkan UTeM setelah bertahun tahun berhempas pulas untuk menggengam segulung ijazah. Tahniah kepada semua pelajar BMCT dan BMCA.