Monday, March 23, 2009

Suka Duka SAJ 2009

Bermula episod duka SAJ 2009 dimana pasukan bola FKM tewas dengan pasukan FKEKK dengan sepakan penalti.. disusuli juga dengan kekalahan badminton dengan pasukan Pendaftar 5-2 ...dan kekalahan menyusul lagi pada pasukan sepak takraw FKM di peringkat kumpulan. Namun apa yang penting...ribuan terima kasih kepada penyokong..yang tidak henti henti memberikan sokongan moral dan dorongan terhadap semua!!! Sedikit harapan kembali menyinar terhadap pasukan badminton FKM setelah menang besar kepada pasukan Perpustakaan dengan harapan pasukan FKP berjaya menundukkan pasukan Pendaftar bagi mengiringi mereka ke suku akhir. Semoga semangat melawan dan komitmen pasukan FKM terus bersemarak untuk jalinan silaturrahim sesama staf dan sesama kakitangan UTeM. Tahniah kepada pemain dan atlet sukan FKM!!!


Wasalam

Sunday, March 15, 2009

Tenis FKM SAJ 2009

Tarikh: 14 March 2009
Tempat: Gelanggang Tenis UTeM
Masa: 9.00am
Kalah pada pusingan awal bermakna berakhirlah cabaran kontigen FKM kerana ianya dijalankan secara "kalah mati".. :) Apapun jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada pemain + penyokong + jurulatih + pemain bidan terjun yang saya anggap terbaik!!! Terima kasih jurulatih yang sudi mengajar dan membimbing pemain pada sesi latihan hingga dari tidak tau main...kepada tau main!! :) Hanya Tuhan yang akan membalas jasa baik "Coach"!! :)


























Wednesday, March 11, 2009

Kata - kata pengurus badminton FKM SaJ 2009 "Assalamualaikum wbr wbh dan salam sejahtera, Utk makluman, FKM telah bertarung dengan sengit sekali pada malam ini....walaupun begitu..nasib tidak menyebelahi kita. FKM tewas tipis 3-4 pada FKP. Namun begitu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada pemain FKM yg cuba bertungkus lumus utk mencapai kemenangan....dan tidak lupa pada penyokong fanatik FKM. Saya mohon penyokong fanatik FKM dpt menyokong pasukan kita pada minggu depan, waktu dan hari yg sama...dimana game yg lebih mencabar iaitu FKM vs Pendaftar."

'Kalah sekali tidak semestinya kalah semua'. Caiyorkk2222... untuk butiran...jadual perlawanan adalah seperti berikut:


Hari: Setiap Rabu (12, 19, 26 March 2009)

Tentangan: FKP, Pendaftar, Library

Masa: 8.30pm

Tempat:

Tuesday, March 10, 2009

FKM vs FKP: Juara Kumpulan

Tarikh: 10 March 2009
Tempat: UTeM, Kampus Tetap
Hari: Selasa
Masa: 6.00pm

Kemenangan mutlak jua akhirnya yang terhasil dan menjuarai kumpulan D dengan 7 mata. Kemenangan 3-2 merupakan tonik yang baik buat pemain bagi mengharungi suku akhir berdepan FKEKK pada Selasa hadapan. Sekalung tahniah buat pemain dan para penyokong yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya percaya...kejayaan semalam adalah hasil dari semangat dan kerjasama sepasukan. Namun seperti biasa..gol gol awal memberikan masalah kepada pemain ...namun ianya dapat diserap dengan baik dan bermain dalam keadaan terkawal. Tempo permainan agak laju dan kualiti permainan juga adalah baik... Cuma kerancakan permainan sedikit terjejas dengan padang yang agak lecak. Terima kasih semua!! :)







Wasalam

Saya



"Awak baik!!"

Sunday, March 8, 2009

Perjumpaan Penasihat Akademik dan Mesyuarat Pengurus Tenis

Tarikh: 5 March 2009
Tempat: Dewan UTeM dan Pusat Sukan
Perkara: Perjumpaan Penasihat Akademik (8.00pm) dan Mesyuarat Tenis (6.00pm)

Semuanya berjalan lancar dengan kedatangan 70% pelajar... P.A pun ramai yang hadir, kecuali memang perkara yang tak boleh dielakkan. Perjumpaan pelajar ni adalah dikalangan pelajar jabatan termal bendalir dan pelajar diploma. Pengarah program kali ini En Zaid Bin Akop yang mana telah menjalankan tugas dengan amat baik dan sempurna. Apa pun perjalanan majlis ada lah baik dan teratur dengan sokongan dan kerjasama sepasukan dari ahli jabatan. Terima kasih kepada geng pembangunan yang bersama sama meng"set - up" majlis tersebut dengan baiknya... :) Terima kasih kepada semua yang terlibat... semoga dapat bekerjasama lagi dengan baik di lain masa...tidak lupa kepada En Nazri Daud yang membantu saya dalam tugas pengagihan makanan pada malam tersebut. :) ...Berkenaan tentang mesyuarat tenis... saya mewakili pasukan FKM ke majlis undian yang telah diadakan..seperti biasa..FKM akan bertemu dengan pasukan FKP untuk perlawanan pertama yang dijalankan secara kalah mati. Apa pun yang paling best...jadual struktur perlawanan adalah cetusan idea saya...hureyyy!!! iaitu ..pada mula adalah kalah mati...dan pada peringkat semi adalah liga antara top three... :)

p/s: Pasukan yang terlibat sebanyak 12 pasukan sahaja... yuran penyertaan sebanyak RM20.00

Monday, March 2, 2009

FKM vs Library SAJ 2009

Masa: 6.00pm
Tempat: Padang Latihan Kampus Tetap, Durian Tunggal
Tarikh: 3 March 2009

Keputusan adalah seri 1:1 ..kira ok la tu dengan keadaan padang selepas hujan lebat...yang penting..takder injured!!! (tak berbaloi bro!!) :) heheheheh...so keputusan penuh mata utk kumpulan D setelah 2 perlawanan adalah seperti berikut:

FKM -----------------> 4
FKP------------------> 3
Pusat Komputer------> 3
Library + Unic -------> 1

Untuk perlawanan berikutnya adalah seperti jadual dibawah:
1) FKM vs FKP (Selasa 10 March 2009 6.00pm)
2) Library + UNIC vs Pusat Komputer (Selasa 10 March 2009 5.20pm)

Secara matematiknya...FKM hanya perlu seri sahaja pada perlawanan terakhir tersebut untuk layak ke peringkat seterusnya... apa apa pun..."bola itu bulat"

Terima kasih kepada semua player

Wasalam -- Awak Baik!!

Bowling SAJ 2009

Tarikh: 28 Februari 2009
Tempat: Mahkota Parade
Masa: 10.30am

Walaupun kecundang ditangan pemain handalan...namun semangat juang yang ditunjukkan oleh kontigen lelaki mahupun perempuan amat hebat... setiap jatuhan pin disusuli dengan sorakan semangat dan kata kata "pembakar telinga" bagi meniupkan semangat para pemain... terima kasih kepada skuad sorak FKM yang tidak segan silu membuat sorakan bertali arus..!!! Especially Wawa!!! Barisan pemain terdiri daripada:

Barisan Pemain Lelaki
1) Fadhli
2) Azhar
3) Najib
4) Saya (Reserve)

















Barisan Wanita:
1) Mahanum
2) Hidayah
3) Edayu
4) Bayah (Reserve)

Terima kasih kepada pengurus kontigen semasa hari pertandingan yang sponser "red bull" kepada pemain lelaki...sesungguhnya pengurus bowling kali ini, tiada tolok bandingnya!! :) Terima kasih En Shafizal...