Wednesday, December 30, 2009

Perpindahan ke Fasa B Tingkat Atas dari Bilik Guru

Tarikh: 30 Disember 2009
Masa: 2.30pm
Hari: Rabu

Buat kali keduanya sebilangan pensyarah FKM yang ditempatkan sementara di Makmal Fasa B (dikenali sebagai bilik guru) kepunyaan makmal FKP sebelum ini berkemas untuk berpindah ke lokasi baru iaitu di Tingkat 1 Aras Bilik Mesyuarat FKM, Fasa B. Secara umumnya, ciri ciri utama sebagai "bilik guru" telah diselesaikan iaitu ruang bilik terbuka. Dengan itu "privacy" sebagai pensyarah telah terpelihara semula dan yang lebih penting...proses pertemuan pelajar dari segi perbincangan dapat berjalan dengan lebih baik. Di lokasi baru ini, bilik telah ditempatkan secara individu dimana setiap pensyarah telah diberikan bilik setiap seorang. Kunci bilik secara keseluruhannya telah diedarkan pada awal minggu pertama kuliah. Namun begitu terdapat beberapa masalah kecil yang belum dapat diatasi buat masa ini dan diharap dapat diselesaikan secepat mungkin. Masalah adalah seperti berikut:
1) Tiada internet - dah settle pada 4/1/2010 untuk bilik saya
2) Tidak boleh printing - :)
3) Sebahagian bidai dibilik pensyarah rosak/tidak berfungsi - nasib baik bilik saya tak guna bidai
4) Sebahagian pintu bilik mengalami masalah - saya punya...saya betulkan sendiri jer...
5) Tiada water dispenser - masih tak ada... :(
6) Tiada talian telefon - dah settle..pada 4/1/2010 line
7) Toilet lelaki - air masih bertakung
8) Bangunan trip apabila En Zakaria bukak aircond - dah settle dengan memaksa En Zakaria pakai kipas jer..supaya tak trip bangunan

Berikut adalah senarai Pensyarah yang terlibat Aktiviti Pindah - Pindah FKM pada tarikh tersebut :)
1) En Zakaria
2) En Faizil
3) En Firdaus
4) En Zaid
5) En Nazim
6) En Rozaidi
7) En Syahibudil
8) En Hanif
9) En Asri
10) En Faizul
11) En Mazlan
12) Dr Huda
13) Dr Yusmady
14) Fendy
15) Ridzuan
16) Saya



































































































Terima kasih kepada Jawatankuasa yang terlibat dalam proses perpindahan ini dan semoga dengan tempat dan suasana kerja yang baru ini lebih memberikan impak kepada prestasi kita untuk 2010. Tidak lupa kepada rakan - rakan bilik guru yang sentiasa memberikan kerjasama terbaik sepanjang beroperasi.

Wasalam
Saya

Tuesday, December 29, 2009

Potensi CFD pada industri di CTRM

Tempat: CTRM
Tarikh: 29 Disember 2009
Hari: Selasa

Pihak CTRM
1) En Mohammad Hamdan B. Mohd Sanusi
2) En Muhammad Fairuz B. Abu Bakar
3) En Ahmad Taqiyuddin B. Kamaruddin

Pihak FKM, UTeM
1) En Mohd Zaid B. Akop
2) Saya

Perbincangan berkisar tentang peluang peluang dan idea idea bagi penyelidikan secara usaha sama antara pihak CTRM dan FKM, UTeM yang lebih terdorong dalam bidang CFD. Secara amnya, kedua dua pihak telah bersetuju untuk saling bekerjasama antara satu sama lain mengikut kehendak dan keupayaan yang ada. Di harap usaha murni ini dapat diteruskan sekaligus misi UTeM sebagai "smart partnership" antara industri akan tercapai dengan jayanya.


Thursday, December 10, 2009

ICET 2009

International Conference Engineering Technology

Hotel Legend
8-10 December 2009

Persidangan ini telah menarik minat ramai penyelidik seluruh negara. Sebanyak 93 kertas kerja telah dibentangkan selama 3 hari ini. Semoga semu mendapat input yang berguna kelak.

Saturday, November 21, 2009

Staf Cuti Belajar

Tarikh: 22 Nov 2009
Hari: Ahad
Masa: 9.30am - 11.30am
Tempat: KLIA
Staf: Nurfaizey Bin Abd Hamid
Tempat Belajar: New Zealand

Tahniah kepada saudara Faizey yang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di New Zealand. Saya bagi pihak FKM mendoakan kejayaan beliau dan semoga segala urusan dipermudahkan kelak. Semoga ianya menjadi inspirasi dan dorongan kepada semua staf FKM.

p/s: Kepada Dodi dan Alia...jgn lupa beli souvenir utk uncle k!! :)

Bengkel JK Penasihat Akademik FKM

Tarikh: 18, 19 November 2009
Hari: Khamis + Jumaat.
Tempat: SLBK 4, Fasa B, UTeM

Bengkel bertujuan untuk menyediakan laporan berkaitan kertas soal selidik yang telah dikemukakan kepada pelajar. Kehadiran peserta bengkel amat memuaskan dimana setiap ahli yang menganggotai JK P.A iaitu Pn Zakiah, En Rafeq, Cik Asriana, Cik Nurul Hilwa, Cik Wani, Cik Fadhilah, En Asri dan En Herdy dapat turut serta pada bengkel tersebut. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Rafeq, Cik Wani dan Cik Fadhilah yang akan mula cuti belajar di bulan Disember ini. Semoga beliau berjaya dengan jayanya. Tidak lupa kepada Pn Zakiah yang akan cuti melahirkan cahaya mata pada bulan yang sama. Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik saudara semua. Amin...

Wednesday, November 18, 2009

Pertandingan F1 in School Peringkat Kebangsaan

Tarikh: 15 - 18 Nov 2009
Tempat: 2 Hari di Hotel Brisdale & 2 Hari di Mid Valley

Pertandingan F1 in school yang disertai oleh 26 pasukan di peringkat kebangsaan kali ini telah dimenangi secara keseluruhannya oleh pasukan Reluca dari SDAR, Negeri Sembilan. Pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pembentangan dan perlumbaan. Secara keseluruhannya, ia memberikan impak yang amat positif kepada setiap pasukan dari segi nilai nilai kemahiran insaniah. Berikut adalah diantara ketegori yang dimengani oleh setiap pasukan:

Johan: RALUCA F1
Naib Johan: ANNAHILATION
Ketiga: CHRONOS BREAKER




Portfolio, persembahan pembentangan dan kejuruteraan kereta terbaik dan Juara knock out: RALUCA F1
Identiti Terbaik: AVANT GARDE
Pasukan yang membuat pemasaran dan sponsor terbaik: CHRONOS BREAKER
Pasukan 1 Malaysia: ZENITH
Pasukan Inovatif Terbaik: ANNIHILATION
Pasukan Pendatang Baru Terbaik: E.C.S SPEED
Terima kasih kepada sponsor, penganjur dan rakan rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.









Sebagai rujukan:
Best Time F1 in Schools 2009: 1.078 sec - Ultra Swift
Malaysia Record: 1.06 sec
World Record: 1.02 sec

Sebahagian penyertaan dari Sekolah Perempuan yang terpilih di peringkat akhir..!! go girls!! girl power!! :)








Antara calon bagi kategori pasukan 1 Malaysia.









Pemenang bagi "Best Newcomer" peringkat Kebangsaan...E.C.S SPEED.









Best Team Identity = AVANT GARDE








Menunggu arahan bagi sebelum masuk bermulanya pertandingan pemasangan booth.








Bakat - bakat kecil berpotensi besar yang akan membawa survival Malaysia di masa hadapan. May be they're the "One"!! we never knows!!
























Senarai Sekolah yang Terpilih bagi Pertandingan F1 in Schools di Peringkat Kebangsaan 2009.
1) SMK Taman Melawati, Selangor - AERO VELOCITA
2) SMK Seri Puteri, Cyberjaya, Sepang, Selangor - DASH
3) SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur - ZENITH
4) SM Sains Selangor - SWIFT
5) SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya. - ELIXIR CRUSADER
6) Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat, Negeri Sembilan - ANNIHILATION
7) Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan - RALUCA F1
8) SMJK Yok Bin, Melaka - E.C.S Speed
9) Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak - AVANT GARDE
10) Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak - VIETZA
11) SMK (P) Sultan Abu Bakar, Johor - Upgr8 CREW
12) SMK Sultan Ismail, Johor - XCITE
13) SMK Bukit Goh, Pahang - LIGHTNING BLAZE
14) SMK Bukit Goh, Pahang - HYPER INFINITY
15) SMKA Kuala Abang, Terengganu - ULTRA SWIFT
16) SMKA Kuala Abang, Terengganu - LIGHTNING DASH
17) SMK Zainab 1, Kelantan - ZEALOUS ZEST
18) SMK Zainab 1, Kelantan - DASHING PEREGRINE
19) SM Sains Tunku Syed Putra, Perlis - AERO MACH
20) SMK DAtuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang - KAIZEN BLITZ
21) SMK Penang Free, Pulau Pinang - NEMESIS VELOCIDAD
22) SMK Sulatan Badlishah, Kedah - CE2 09
23) SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Kedah - SPEED PHANTOM
24) SMK Batu Lintang, Sarawak - CHRONOS BREAKER
25) SM Sains Kuching, Sarawak - BLAZIN' BEAT

Thursday, November 12, 2009

Lawatan Ke Universiti Teknologi Petronas

Tarikh: 12 Nov 2009
Masa: 7.30am - 11.30pm

Lawatan sehari ke Universiti Teknologi Petronas yang diketuai oleh En Zakaria telah banyak memberi manfaat kepada semua peserta rombongan. Berkumpul di hadapan Fasa B, rombongan di mulai dengan bacaan doa oleh En Der dan kemudiaanya terus bertolak sekitar jam 8.15am. Lawatan terdiri daripada kumpulan ICT Fakulti, Pengurusan Makmal dan yang paling penting adalah Jawatankuasa Pembangunan Kampus Baru. Objektif lawatan adalah untuk meninjau dan mendapatkan sebanyak input mengenai tatacara/kaedah/susun atur makmal yang baik dimana boleh diguna pakai bagi pembinaan kampus tetap bagi kejuruteraan mekanikal. Terim kasih kepada warga UTP dari Fkulti Kejuruteraan yang menyambut baik kehadiran kami. Sesungguhnya, banyak inout dan maklumat berguna telah dapat dikongsi bersama.