Thursday, November 27, 2008

Seminar "External Examiner" dan Pergi IEM, PJ

Seminar
Tempat: Auditorium MITC
Masa: 9.00 -12.30pm
Hari: 27 Nov 2008


Segalanya ok dan berjalan lancar..tapi tidak dinafikan ..masih ada ruang yang boleh diperbaiki.. Terima kasih kepada rakan rakan yang terlibat dan secara langsung mahupun tidak... Selaku AJK Makan dan Tukang Menyambut Tetamu (ruang lobby MITC Tingkat Bawah) ... terima kasih diatas kerjasama yang rakan rakan berikan... :)























































Seminar
Tempat: P.J
Masa: 5.30pm - 7.00pm
Hari: Sama

Sebagai makluman tambahan kepada persediaan di hari tua.. :) Ok jugak input yang dapat..at least awareness tu ter"termuncul" lah jugak!!! :) ..ramai jugak yang join.. dalam 70 orang kalau tak silap.. Bayar cuma RM10.00 jer.. n dapat makan dan minum petang n 2 CPD. Mungkin yang best lagi ialah..ni lah first time join talk di IEM.. :)

Masih Bukan Kemenangan Mutlak

FKM vs FKP (Pertembungan Adik Beradik..)
Tempat: Padang Dusun Dato Murad
Tarikh: 26 November 2008


Tatkala mendahului 3-1, perlawanan terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat disulami kilat sabung menyabung.. Walau apa pun, permainan nampaknya berjalan seperti yang dirancang ...cuma kelonggaran dihujung separuh mata pertama yang mengakibatkan pasukan lawan dapat mencuri satu gol...Terima kasih kepada KESURI 2008/2009 dibawah AJK Sukan (Saudara Faizil) yang sudi sponser:
1) 2 biji bola Nike
2) Sarung tangan penjaga gol
3) Sepasang pakaian penjaga gol

Berikutan hujan lebat tersebut..permainan terpaksa ditunda dimasa yang lain.
"Safety First" :)

Sunday, November 23, 2008

Veteren Selandar Belasah FKM

Tarikh: 21 November 2008
Masa: 6.00pm
Tempat: Padang Selandar

5-1..jaringan tunggal oleh saudara Najib Tufar hasil sepakan percuma..!!! Ada alasan mengatakan sebab "penat" sewaktu menentang FKE pada Rabu yang lepas tidak hilang lagi...ada alasan lain sebab "moral down" kerana tiba lewat sampai...(6 lebih..sepatutnya..5.30pm)... ada jugak cakap sebab padang kecil dan tak rata... hehehe..apa pun terima kasih kepada komitmen kengkawan yang datang pada perlawanan tersebut...diharap usaha kecil kita ini memberikan impak positif terhadap kecemerlangan bolasepak FKM nanti...Amin...

Wednesday, November 19, 2008

Kursus Tesis Ke Buku

Tempat: Kampus Bandar
Tarikh: 20 & 21 November 2008

Kursus lagi...tapi yang ni lain sikit...kali ni memang bagi nama untuk attend bengkel ni...so far dari segi output memang baik...Baik bermaksud ....untuk yang tak tau apa apa langsung pasal penerbitan buku.. format..tatacara dan teknik menukarkan tesis kepada buku... Aha... rasanya yang paling tak boleh lupa rasanya ialah maksud ISBN...(International Standard Book Number) ..hehhe.. dulu... main sebut...jer...tapi tak tau maksud...so kali ni dah tau la sikit sikit... tu kira macam nombor surat beranak setiap buka la kiranya... dari segi pengolahan bengkel pula pun baik... ada pembentangan...sesi soal jawab.. dan lain lain lagi... dan seperti biasa...paling best dapat jumpa dan kenal rakan rakan dari PTj lain... kali ni agak formal sikit..mungkin sebab kebanyakan yang pergi bengkel ni...dah level PhD.....so kira otai otai la kan...hehehehhe...apa pun... pada hari kedua rasanya yang paling penting kut..bukan utk peserta jer..tapi utk semua staf akademik yang nak tulis buku atau modul..sebab masa training ni diajar camner nak gunakan "templete" UTeM untuk menerbitkan setiap buku yang dihantar kepada penerbit.. Diorang janji..kalau ikut format ni...dalam tempoh "2 minggu" dah boleh siap!! Wow!!! ni baru la "kompetensi teras kegemilangan!!" tapi memang itulah sepatutnya kan...ahaaa...lupa nak tanya masa kursus tu samada dapat royalti ker idak kalau terjual buku oleh penerbit UTeM...ada sesiapa tau tak? Apa pun keputusannya...terima kasih terhadap info yang diberi...TQ DR Hamedi selaku penceramah jemputan untuk bengkel ini.

Friendly Match "FKM vs FKE"

Tempat: Padang Duson Dato Murad
Tarikh: 19 November 2008

Semuanya berjalan lancar walaupun pada awalnya... dalam game ni...FKM menang dengan jaringan 5 berbalas 4. Sungguhpun begitu..saya dapat rasakan FKE tidak menurunkan kekuatan sebenar berdasarkan rekod rekod terdahulu!!! :) Apa pun terima kasih kepada pengurus pasukan FKE yang mantap disepanjang perlawanan tersebut!!! :) So....esok (21 November 2008) ..perlawanan antara Veteren Selandar..manakala pada 26 November pula perlawanan menentang FKP... semoga FKM FC terus berjaya dan bermain dengan baik...

Tuesday, November 18, 2008

Bengkel SKT Jabatan

Tempat: King's Hotel
Tarikh: 18 Nov 2008
Ramai jugak yang hadir... :) Ok la kiranya :) ..rasanya tercapai la dalam 90% perkara yang nak dibuat di dalam bengkel tersebut... Suasana sungguh ceria hingga abis pun lewat hingga 5.45pm (siap mintak extend dari hotel sebab khusyuk sgt berbengkel!) ...Terima kasih yang memberikan idea dan buah fikiran yang bernas...semoga tahun berikutnya (2009) lebih cemerlang + gemilang + terbilang utk Jabatan saya :).
Peserta terdiri daripada:
1) En Suhaimi
2) En.Firdaus
3) Prof Razali
4) En.Haizal
5) En.Nazri
6) En Safarudin
7) Cik Mahanom
8) Pn.Fatimah
9) Pn.Faizah
10) En.Irwan
11) Pn Erni
12) En. Faizil
13) En.Kothwal
14) En Zaid



"Semoga Terus Gemilang Jabatanku.."

Kursus Penasihatan Akademik ke 2

Tarikh: 13 & 14 November 2008
Tempat: Kampus Bandar

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan amat baik... baik dari segi isi kandungan.. penceramah jemputan, rakan rakan dan yang paling penting.. makanan yang disediakan.. :) Mungkin sesi yang paling menarik adalah slot dari BPA. Mungkin sebab masih "panas" dengan sistem baru iaitu menggunakan "PDA"bagi mengesahkan kedatangan pelajar... Apa pun enjoy sebab dapat jumpa rakan rakan dari pelbagai fakulti... :) Terima kasih kepada Dr Syed dan semua urusetia yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang + gemilang + terbilang sepanjang kursus tersebut.. :)

Saturday, November 8, 2008

Friendly Game Vs Veteren Duyong

Perlawanan yang diadakan di Padang Dusun Dato Murad pada 7 November berakhir satu lagi episod kekalahan. Walaupun hanya 1-0 ..ianya jelas menunjukkan kelemahan dari segi kawalan permainan dan stamina yang ada berbanding pasukan vateren yang rata rata berumur lingkungan 40an dan ke atas. Semoga segala kelemahan dapat diperbaiki di masa akan datang.

Wasalam