Tuesday, October 28, 2008

DECON 2008

Tempat: Avillion Hotel
Masa: 28 & 29 Oktober 2008

Overall ok...boleh bagi 4 bintang!!! :) ..mungkin sebab ramai member kat situ dan segalanya menjadi mudah dan berjalan lancar... Tahniah kepada FKP... Untuk pengetahuan..seminar ni di buat setiap 2 tahun oleh Fakulti Kejuruteraan Pembuatan... kesempurnaan seminar ni pastinya terhasil dari persediaan yang rapi dan semangat berpasukan yang baik!!! :) Harap - harap seminar tersebut dapat menghasilkan input dan mencapai objektif yang diharapkan kepada semua...Kengkawan FKM yang saya nampak masa kat situ ialah En.Zaid.. Pn.Hajar... En.Faizey dan IR Talib.. Opsss..Dekan pun ada for the next day (hari ke 2) :) Semoga terus berjaya di siri yang akan datang.. Dengar kata FKM pun akan buat jugak nanti sebagai one of the special event fakulti... Apa pun kita tunggu jer lah nanti.. :) dan tahniah sekali lagi buat organizer!!!

Wasalam

p/s: Makan best + souvenir best + seminar pun best :)

Thursday, October 23, 2008

Friendly Match "FKM vs HEPA"

Tarikh: 22 Oktober 2008
Masa: 6.00pm
Tempat: Dusun Dato Murad
Cuaca: Hujan renyai-renyai

Aktiviti sulung setelah sekian lama berehat disebabkan aktiviti puasa dan raya.. walaupun tewas 2-3 namun masih banyak ruang dan perkara yang boleh di perbaiki dalam membentuk sebuah pasukan yang lebih mapan... Secara keseluruhannya... persaingan untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama semakin sengit disebabkan persaingan sihat oleh muka muka baru yang sungguh energetik dan barisan yang lama yang sarat dengan pengalaman!!! Sungguh pun begitu... tema pemilihan barisan pasukan kali ini ialah... " Komitmen terhadap pasukan mengatasi kehebatan atau bakat sedia ada". Di harap persaingan yang sihat ini memberi kesan postif kepada prestasi kelab. Opssss....saya tak sempat bermain pada petang tersebut kerana baru sahaja balik dari seminar di UKM. :)

Makan Malam Meraikan Kejayaan Anjuran Formula Student UTeM ke 2

Tarikh: 22.10.2008
Masa: 8.30pm
Tempat: Tom Yam Klasik

Seperti tajuk di atas...kiranya..malam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung... tapi yang penting dalam majlis tu ialah...cadangan dari TNCA utk menjadikan kejohanan ini untuk kali yang ketiga pada 2010..!!! :) Who's the next!!! :)

Seminar Solar Progress

Tarikh: 21 & 22 Oktober 2008
Tempat: Pusat Tenaga Malaysia, Bangi

Ni kira seminar yang julung kali di adakan utk fokus kepada "solar" ... agak menarik sebab banyak ilmu baru dan current development yang dapat tentang perkembangan solar di Malaysia. Sekarang...kebanyakan researcher cenderung nak buat sistem yang hibrid pulak.. :) ... so seperti masalah masalah yang lalu...kesemua penyelidik masih lagi bergelut bagi menyelesaikan masalah kecekapan tenaga solar dan kos penggunaan solar yang amat tinggi dan seakan tidak kompetetif kepada pasaran sejagat.. Secara kasarnya...lebih 40 kertas telah dibentangkan semasa seminar tersebut... dan harap terus berkembang pesat pada masa akan datang... :) Yang paling best...program ni di support amat baik oleh NC UKM!!! so the rest...become easier!!! :)

Sunday, October 19, 2008

Kejohanan Futsal Jemputan Pelajar BMCD

Tarikh: 19 Oktober 2008
Hari: Ahad
Masa: 1.00pm - 6.00pm
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan (MSN)

Alhamdulillah...muncul sebagai juara.. :) . Nama kumpulan ialah "staff B" dan dibarisi... Fitri..Azhar..Yuszrin, Irwan, Azmi, Faiz, Rizal Roosli, saya dan pengurus besar iaitu K.J Rekabentuk iaitu En. Rizal Alkahari. Bermula dengan sebagai muncul juara kumpulan B dan kemudian nya menang di peringkat suku akhir..semi dan final. Jumlah gol yang dihasilkan ialah 54 gol...untuk 7 perlawanan. Secara umumnya..aktiviti ni baik utk jalinan mesra antara staf dan student..lebih murni kalau P.A pun join sekali.. Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat terutama organizer yang sudi menjemput staf bagi memeriahkan majlis.. :) Di atas kejayaan tersebut...pengurus kami telah belanja McD ...hureyyyyy..!!!! TQ bos!!!!! :) Semoga semuanya terus berjaya di dalam bidang bidang yang diceburi.

Thursday, October 16, 2008

Selamat Hari Raya Peringkat Universiti

Assalamualaikum..

Ni just nak share tentang majlis raya peringkat universiti... kiranya ok jugak sebab dah lama tak buat program yang meriah meriah ni.. so FKM punya booth bertemakan "lontong tanpa melamin!!" Best sebab boleh jumpa kengkawan lain... makan pulak sesedap rasa dan semahunya.. so..tahniah kepada semua yang terlibat... terutamanya yang buat preparation untuk siapkan booth + hias + jurugambar dan ke semua tukang makan FKM yang begitu bersemangat... semoga silaturahim terus erat dan di berkati :)



Saturday, October 11, 2008

Kursus "Short Course" Pengendalian Asas Komposit

Tarikh: 11 September 2008
Hari: Sabtu
Masa: 8.30am - 4.30pm

Ni lebih kepada pendedahan utk student tentang "hands - on" kerja kerja komposit dengan teknik "wet lay-up". Kira ok jugak sebab kedatangan menghampiri 30 orang pelajar.. Sesi dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu sesi pengenalan dan asas komposit, demonstrasi komposit menggunakan teknik "wet lay-up" (termasuk membuat foam, pattern dan mould) dan sesi yang terakhir adalah praktikal utk student bagi penghasilan komposit mengikut orientation yang diberikan. Terima kasih banyak banyak kepada yang terlibat... iaitu saudara Wan, Faizey, Zaid, Hajar, Arbi, Tuek dan Syakir atas komitmen yang tak berbelah bagi. Sekurang kurangnya pelajar dah tau ciri ciri keselamatan utk pengendalian komposit, campuran resin dan hardener, campuran chemical A dan B untuk buat foam, penggunaan roller, penggunaan ubi kayu dan aseton serta berbagai bagai lagi... Kumpulan pelajar diberi kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan orientation yang berbeza untuk penghasilan 2 ply komposit. Terima kasih yang terlibat.Korang memang best!! Oh ya..di kesempatan ini..saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin" diatas segala kesilapan yang telah dilakukan dan terima kasih kepada rakan rakan yang menjemput saya utk hadir open house...semoga kalian terus dimurahkan rezeki..Amin...

Wasalam